JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PROGRAM ABC (ANAK BIJAK LAGI CERDIK) ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 (SESI PAGI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera Sepanjang minggu pertama persekolahan bermula 11/3 hingga 15/3 anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama semua guru SK Taman Putra Perdana 2. Berikut merupakan sedutan sepanjang minggu tersebut.
Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN SESI PAGI ( 11/3/2024) ISNIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perhimpunan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada ketua guru bertugas Cikgu Muhammad Ilham Baqti. nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah dan lagu Negeri Selangor . Seterusnya adalah bacaan ikrar dan doa daripada pengawas bertugas. <">
Seterusnya Cikgu Muhammad Ilham mengalu-ngalukan kedatangan YDP PIBG Dr Idris ke majlis pada hari ini. Cikgu Ilham juga mengingatkan murid untuk sentiasa bersemangat dan menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah. Selain itu, Guru Besar juga mengucapkan selamat datang kepada murid-murid sesi 2024/2025. Dr Idris juga memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan guru.
Perhimpunan selesai dan murid bersurai mengikut kelas masing-masing
Share:

LAPORAN HARI INTERAKSI AKADEMIK 2023/2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Pada 07 Februari 2024 bersamaan pada hari Rabu telah diadakan Hari Interaksi Akademik 2023/2024. Program ini merupakan sebuah program khas perjumpaan di antara guru, ibu bapa / penjaga dan murid untuk mengetahui prestasi murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Di samping itu, Hari Interaksi Akademik yang telah dijalankan ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengenali guru-guru yang mengajar anak mereka dan seterusnya dapat mengetakan silaturahim di antara ibu bapa dan guru-guru. Berikut merupakan gambar sekitar Hari Interaksi Akademik yang telah dijalankan di sesi pagi dan sesi petang.



Gambar Hari Interaksi Akademik bagi Sesi Pagi












Gambar Hari Interaksi Akademik bagi Sesi Petang









Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 42 ( SESI PAGI)

Laporan Perhimpunan Minggu 42 5 FEBRUARI 2023 (ISNIN) Assalamualaikum dan salam sejahtera Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah . Setelah itu bacaan ikrar dan doa daripada pengawas bertugas. Ketua Guru Bertugas Cikgu Amira menerangkan tentang Pengurusan Cuti Sekolah. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa peka dan dapat menguruskan waktu cuti dengan baik . Seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas SPBT dan Pengawas Sekolah yang disempurnakan oleh pentadbir sekolah. Setelah itu, penyampaian Sijil kepada Peserta Nilam adik Aleesya Qaireen dan adik Gautham . Selain itu, Ucapan peringatan daripada Puan Zulastri Pk Pentadbiran dan mengingatkan supaya murid-murid sentiasa mengulangkaji pelajaran semasa cuti sekolah
Share:

LAPORAN HARI SUAI KENAL TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2024/2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

    Pada 27 Januari 2024 bersamaan pada hari sabtu yang lepas, Hari Suai Kenal Tahun 1 dan Pra Sekolah bagi Sesi 2024/2025 telah diadakan di SK Taman Putra Perdana 2. Sepanjang Hari Suai Kenal dijalankan, ibu bapa atau penjaga telah diberikan taklimat mengenai pembelajaran di Tahun 1 dan Pra Sekolah di Dewan Terbuka. Manakala murid-murid pula telah menjawab Ujian Diagnostik di dalam kelas yang telah disediakan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan bermula dari kumpulan 1 - 10 Penyerahan buku teks juga telah dijalankan pada hari tersebut.

    Tahniah dicapkan kepada murid-murid yang bakal memasuki Tahun 1 dan Pra Sekolah bagi Sesi 2024/2025 di SK Taman Putra Perdana 2. Semoga Hari Suai Kenal yang telah dijalankan ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk bersekolah pada sesi akademik yang akan datang.


Gambar Sepanjang Hari Suai Kenal Berlangsung:














Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts