JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

HARI PERINGATAN & SUKAN RIA KEPANDUAN 2010

Bertempat di SM Teknik Sepang, program " Hari Peringatan & Sukan Ria Kepanduan 2010" anjuran Persatuan Pandu Puteri, Daerah Sepang telah di adakan pada 15.04.2010 (Rabu) dengan pengisian berbagai aktiviti. Wakil dari SK Taman Putra Perdana 2, Nuramanina Izzati bt Abu Bakar dari kelas 4 Baiduri telah berjaya menjadi Johan Bercerita, Hari Peringatan & Sukan Ria Kepanduan 2010"

Tahniah diucapkan kepada adik Nuramanina Izzati, semua peserta yang turut mengambil bahagian dan juga guru penasihat Pn. Lee Sau Mei.


Share:

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSM DAERAH SEPANG





Kejohanan Bola Sepak Daerah Sepang peringkat sekolah rendah telah di adakan pada 6 - 8 April 2010 di SK Methodist Sungai Pelek, Sepang. Sekolah Taman Putra Perdana 2 telah menghantar pasukan bola sepak dalam kejohanan tersebut. Sebagai sekolah baru, kejohanan ini djadikan sebagai gelanggang untuk menguji tahap kemampuan dan pengalaman pasukan bola sepak sekolah. Sekolah diletakkan dalam kumpulan D bersama SK Dato' Abu Bakar baginda, SK Kampung Baru Lanjut dan SJKT Taman Permata. Keputusan perlawanan adalah...

1. Seri  (1 - 1) dengan SK Dato' Abu Bakar Baginda
2. Kalah (0 - 1) dengan SK Kampung Baru Lanjut
3. Menang (2 - 0) dengan SJKT Taman Permata
Satu keputusan yang baik bagi pasukan sekolah yang baru. Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah, jurulatih En. Norhisham, En. Mustaqiem, En. Mohd Suhaidi, Ustaz Marzuki dan semua yang terlibat. Semoga kita akan beroleh keputusan yang lebih baik di tahun hadapan.



Share:

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSSM DAERAH SEPANG


SK Taman Putra Perdana 2 telah menghantar 6 peserta untuk menyertai Kejohanan Olahraga MSSM peringkat Daerah Sepang pada 31 Mac hingga 1 April 2010 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor Darul Ehsan. 2 orang wakil sekolah telah berjaya membawa pulang 2 pingat.


1. NUR'ALISHA BT KHAMIS - 5 INTAN
     Pingat Emas kategori Lompat Jauh (P) bawah 11 tahun
2. W. MUHAMMAD SYAFIQ BIN W. ROSLEE - 5 ZAMRUD
    Pingat Gangsa kategori Lompat Jauh (L) bawah 11 tahun

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua wakil sekolah atas kejayaan tersebut. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang melatih peserta. Kejayaan ini telah menyuntik semangat kepada warga sekolah untuk meningkatkan lagi usaha ke arah pencapaian sekolah yang lebih cemerlang dalam bidang sukan.




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts