JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

HARI ORIENTASI TAHUN 1 (2012)

Pada  27 Disember 2011, SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 (2012) bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30tgh.
Murid - murid tahun 1 beratur di dataran perhimpunan mengikut kelas yang telah ditetapkan.


Murid - murid di bawa ke kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik


Murid - murid menjalani Ujian Diagnostik di dalam kelas


Ibu bapa mendengar taklimat di Dataran Terbuka.
Share:

GOTONG-ROYONG 1/2012



Tujuan Gotong-Royong 1 ini diadakan adalah :
a) untuk membuat persediaan awal sebelum hari pertama persekolahan bermula.
b) memastikan semua keperluan mencukupi.

Semua guru kelas dan Penyelaras Bilik terlibat untuk menjayakan program ini. Lokasinya adalah kelas-kelas, bilik-bilik khas dan bilik guru. Spesifikasi kerja seperti memastikan semua kerusi meja murid dan guru mencukupi, alatan kebersihan lengkap, membuat tagging aset alih dan lain-lain yang berkaitan.

Terima kasih kepada guru-guru yang komited terhadap tugas yang dijalankan.
Share:

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA & PETROSAINS

Pada 22 November 2011, Persatuan Sains SKTPP2 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara untuk melawat Pameran 'Age of the Giants' dan juga Petrosains KLCC. Lawatan ini disetai seramai 80 orang murid tahun 5 dan 6 dan diiringi oleh 9 orang guru. Objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid bahawa sains merupakan matapelajaran yang menyeronokkan.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts