JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LARIAN MERENTAS DESA KALI KE-4, 2013

Pada hari Sabtu, 23 Februari 2013 telah berlangsung Larian Merentas Desa Kali ke-4. Larian bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.. Penyertaan murid SK Taman Putra Perdana 2 amat menggalakkan. Turut terlibat ialah guru-guru SKTPP 2, pihak pentadbir dan juga wakil PIBG. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Berikut adalah keputusan penuh Larian Merentas Desa Kali ke-4 2013 :
  1. Johan - Rumah Hijau
  2. Naib Johan - Rumah Merah
  3. Ketiga - Rumah Biru
  4. Keempat - Rumah Kuning
Bersama-sama ini disertakan beberapa keping gambar Larian Merentas Desa :

Regangan badan sebelum Larian

Murid bersedia sebelum memulakan Larian

Murid memulakan Larian

Murid bersemangat meneruskan Larian

Hadiah disampaikan oleh PK Kokurikulum, Pn. Zuridah bt Mohd Ali

Trofi disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada rumah sukan yang menang
Share:

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-4 2013


Kepada Semua Ibu/bapa/Penjaga


Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 4 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:


TARIKH        : 2 MAC 2013

HARI             : SABTU
MASA           : 8.00 PAGI

TEMPAT       : DEWAN TERBUKA SKTPP2

PERASMI      : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
                         PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEPANG


ATUR CARA MAJLIS


8.00 pagi                     : Ketibaan ibu bapa dan penjaga (pendaftaran)
9.00 pagi                     : Nyanyian Lagu Negaraku
                                    : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
9.10 pagi                     : Bacaan Doa
9.15 pagi                     : Ucapan Guru Besar (En. Kamsani bin Sahlan)
9.25 pagi                     : Ucapan Yang Di Pertua PIBG (En. Mohd Faiz bin Mat Isa)
9.35 pagi                     : Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah,
  Pejabat Pelajaran Daerah Sepang
9.50 pagi                     : Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2012/2013
10.00 pagi                   : Persembahan Tarian
10.10 pagi                   : Rehat / Jamuan
10.30 pagi                   : Mesyuarat bermula
                                    - Ucapan pengerusi
- Ucapan penasihat
- Membentang dan menerima minit mesyuarat yang lalu
- Membentang dan menerima Laporan Tahunan SKTPP2
- Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31    Disember 2012
- Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/2013
- Melantik Pengerusi sementara untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG sesi 2013/2014
- Pelantikan AJK PIBG sesi 2013/2014
- Membahaskan usul
- Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan
12.30 tengah hari        : Cabutan bertuah
1.00 petang                 : Majlis bersurai
Share:

GURU GANTI UNTUK GURU CUTI BERSALIN 2013



Permohonan dibuka untuk individu yang layak untuk menjadi Guru Ganti bagi guru-guru yang akan cuti bersalin bagi tahun 2013. Kelayakan yang diperlukan ialah mempunyai sijil S.P.M /S.T.P.M/Diploma/Ijazah. Pemohon yang berminat dikehendaki menghantar resume kepada pihak sekolah dengan segera di alamat:
GURU BESAR
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA
47130 PUCHONG, SELANGOR.

Sekian, terima kasih.
Share:

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2013 (SESI PAGI)

Pada 5 Februari 2013 bersamaan hari selasa yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi sesi pagi untuk tahun 2013. Watikah ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan, PK Pentadbiran, Pn. Siti Hanim bt. Sungit dan PK Kokurikulum, Pn. Zuridah bt Mohd Ali. Majlis juga telah mengumumkan nama barisan ketua-ketua pengawas dan penolong-penolong ketua pengawas bagi tahun ini. Berikut merupakan nama-nama bagi barisan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas untuk sesi 2013:

Ketua Pengawas Sekolah               : Muhammad Iqbal Fakhri b. Mohd Rizal
Penolong Ketua Pengawas 1          : Siti Hanis Qistina bt. Sheikh Aidil Fitri
Penolong Ketua Pengawas 2          : Muhammad Izzul Azri b. Mohd Sanusi

Ketua Pengawas PSS                     : Muhammad Zul Afiq Hakimi b. Rosli
Penolong Ketua Pengawas PSS     : Nur Syafiqah bt. Suhaimi

Ketua Pengawas SPBT                  : Naimullah b. Hasbullah
Penolong Ketua Pengawas SPBT  : Aireen Qistina yur bt. Mohamad Kamal


BARISAN PENGAWAS SPBT TAHUN 2013

BARISAN PENGAWAS PSS TAHUN 2013

BARISAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2013





Share:

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2013 (SESI PETANG)

Pada 5 Februari 2013 (Selasa) telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas iaitu melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Majlis ini diadakan untuk murid Tahun 2 dan Tahun 3 yang dilantik sebagai pengawas bagi sesi 2013.


Watikah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), En Mior Hussin b Othman.


Penyelia Petang, Puan Norlela bt Hashim menyampaikan watikah pelantikan kepada pengawas.





 Watikah pelantikan pengawas disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Hanim bt Sungit.

     
 Para pengawas melafazkan ikrar yang diketuai oleh adik Irdina Balqis bt Amerol Hamzah (3 Intan)


                      Sesi bergambar bagi para pengawas bersama watikah pelantikan masing-masing.

Semoga para pengawas SKTPP2 dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerima)"  Surah An-Nisa'.58 







Share:

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Bersempena dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang telah mencorakkan perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Arab khususnya dan masyarakat dunia umumnya, dari diselubungi kegelapan kepada cahaya yang terang, gilang gemilang. Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasullullah SAW. Begitu juga perasaan taat, bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran:                      " Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (Al- Kalam ayat 4)

Pelaksanaan Program Sambutan Maulidur Rasul kali ini mendapat kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTPP 2 dan mendapat sambutan daripada masyarakat setempat sekitar Taman Putra Perdana, maka majlis ini dilaksanakan secara besar - besaran dengan menjadikan SK Taman Putra Perdana 2 sebagai tuan rumah bagi program kali ini.

Pelaksanaan ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid - murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta menjalinkan ukhuwwah dengan komuniti terdekat.


Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2


Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2

Semua Kontigen Perarakan Berkumpul di Padang SK Taman Putra Perdana 2
 
 
 
Perarakan Keluar Kontigen
 
Perarakan Keluar Kontigen
 
Perarakan Keluar Kontigen
 
Perarakan Keluar Kontigen
 
Perarakan Keluar Kontigen
 
Perarakan Keluar Kontigen
 
Bacaan Al-Quran dan terjemahan
 
Persembahan Qasidah

Persembahan Qasidah

 
 
Ucapan dari YDP PIBG

 

Persembahan Nasyid dan Tarilayar
 
Persembahan Nasyid dan Tutur Berirama

Persembahan Nasyid dan Tutur Berirama
Persembahan Nasyid dan Tutur Berirama
Share:

BERITA













 


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts