JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN KERJAYA KIDZANIA

         Aktiviti Lawatan Kerjaya Kidzania telah dijalankan pada 26hb Jun 2013 (Rabu).
Seramai 80 orang murid tahun 4 dan tahun 3 telah menyertai aktiviti tersebut.
Lawatan Kerjaya ini merupakan aktiviti bagi Unit Bimbingan & Kaunseling serta kerjasama dengan Unit Kokurikulum.
        Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

 
Murid dipakaikan  dengan tag masuk

 
Ahli farmasi sedang menjalankan tugas

 
Pegawai polis sedang melakukan rondaan

 
Pasukan bomba sedang bergegas untuk memadamkan kebakaran

 
Bersedia untuk membuat biskut Oreo

 
Sepasukan pakar bedah sedang mendengar taklimat



Share:

LAWATAN KERJAYA KIDZANIA


TARIKH   : 26/6/2013 (RABU)
MASA       : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
PAKAIAN : Berpakaian sekolah lengkap.

Aktiviti lawatan ini akan diteruskan seperti yang telah dirancang.

ATUR CARA PROGRAM

7.30 Pagi               - Berkumpul di Dataran Perhimpunan Sekolah.(Pendaftaran)
7.45 Pagi               - Bersarapan di kantin sekolah (sarapan disediakan oleh pihak sekolah)
8.15 Pagi               - Murid menaiki bas dan bertolak ke Kidzania.
9.15 Pagi               - Sampai di Kidzania
                                (Sesi lawatan)
1.00 Ptg                 - Makan tengah hari (makanan disediakan oleh pihak sekolah)
1.30 Ptg                  - Sambung semula sesi lawatan
3.30 Ptg                  - Keluar dari Kidzania dan bertolak pulang ke SKTPP2
4.30 Ptg                  - Dijangka sampai ke SK Taman Putra Perdana 2

Catatan

  1. Sekiranya membawa barangan berharga, adalah menjadi tanggungjawab murid itu sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut.
  2. Untuk langkah kesihatan murid dikehendaki membawa topeng penutup hidung dan mulut atas sebab udara berjerebu.












Share:

KOKURIKULUM DIBATALKAN ATAS SEBAB JEREBU

PERHATIAN SEMUA IBU BAPA / PENJAGA MURID SKTPP2

Dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum bagi Tahun 3, 4, 5 dan 6 pada 26 Jun 2013 (Rabu) dibatalkan atas sebab jerebu. Sekian, terima kasih.
Share:

SEKOLAH DIBUKA SEMULA SEPERTI BIASA 25 Jun 2013 (Selasa) bagi sesi petang 26 Jun 2013 (Rabu) semua warga sekolah

Salam kepada semua ibu bapa,


Makluman yang dikeluarkan semalam tentang sekolah ditutup pada 25 Jun 2013 terbatal. Sekolah dibuka semula pada hari ini atas sebab cuaca semakin baik.

Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2013

SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Hari Jalinan Mesra kali pertama tahun 2013 pada 22 Jun 2013 (Sabtu) yang lalu, bagi murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) bertempat di kelas masing-masing. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Program ini  membantu Ibu Bapa murid-murid SKTPP2 untuk mengetahui tahap perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak mereka di sekolah. Ia juga memberi ruang kepada Ibu Bapa untuk bertanyakan soalan mahupun perbincangan mengenai perkembangan anak-anak mereka dengan guru kelas atau guru-guru mata pelajaran yang lain. 

SUASANA SEKITAR HARI JALINAN MESRA











Share:

SEKOLAH TUTUP ATAS SEBAB JEREBU


Perhatian kepada semua ibu bapa,
SK Taman Putra Perdana 2.

Dimaklumkan bahawa semua sekolah diarahkan tutup sepertimana yang diumumkan dalam berita pada pukul 8.00 malam tadi.  Oleh itu, semua warga SK Taman Putra Perdana 2 akan bercuti pada hari esok iaitu 24 Jun 2013 (Isnin) atas sebab jerebu. Tempoh sekolah ditutup tidak dimaklumkan secara terperinci.  Walau bagaimanapun semua pihak diminta menunggu berita sama ada melalui media massa ataupun blog sekolah.


Sekian, harap maklum.
Share:

TAKLIMAT MMI DAN SBT

Pada 13 Jun 2013, SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan satu taklimat berkenaan MMI (Melindungi Masa Instruksional) dan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) kepada semua guru. Taklimat ini diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi untuk guru pagi dan sesi untuk guru petang. Ketetapan taklimat tersebut adalah seperti di bawah:

Tarikh   : 13 Jun 2013 (Khamis)
Masa     : 11.15 pagi - 1.15ptg (Guru Sesi Petang)
               1.30 ptg - 3.30ptg (Guru Sesi Pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana 2
Penceramah : Pn. Siti Hanim bt Sungit (PK Pentadbiran SKTPP 2)
                       Pn. Zuridah bt Mohd Ali (PK Kokurikulum SKTPP 2)

APA ITU MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)?

Masa instruksional didefinasikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Melindungi masa instruksional perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif

APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)?

MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM: Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.

 



Taklimat MMI disampaikan oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit
 

 Taklimat SBT disampaikan oleh Pn. Zuridah bt Mohd Ali
Share:

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2013


Share:

PROGRAM BERSAMA MILO

Program bersama MILO telah diadakan di SK Taman Putra Perdana 2 pada hari Isnin bersamaan 17 Jun 2013. Program ini dijalankan pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 1.20 petang yang melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Antara pengisian yang telah disampaikan oleh wakil daripada pihak MILO adalah seperti kepentingan bersarapan, kepentingan tenaga untuk gaya hidup sihat dan pentingnya makanan berkhasiat untuk badan manusia. Program ini berakhir dengan pemberian cenderahati daripada MILO kepada murid-murid.

PENERANGAN DARIPADA WAKIL PIHAK MILO
 MURID-MURID YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM BERSAMA MILO

MURID-MURID  MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK MILO

CENDERAHATI DARIPADA MILO KEPADA MURID-MURID
 
Share:

SARINGAN LINUS 2.0 BAHASA INGGERIS TAHUN 1

SARINGAN LINUS 2.0 BAHASA INGGERIS TAHUN 1

 PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI TAHUN 2013


National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.  Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi Bahasa Inggeris, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi Bahasa Inggeris sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..

MAKSUD LITERASI BAHASA INGGERIS 

a) Able to communicate with peers and adults appropriately
b) Able to read and comprehend simple texts and stories
c) Able to write a range of texts through a variety of media

TARIKH PELAKSANAAN LINUS SARINGAN 1

SARINGAN 1 (BASELINE) terdiri daripada 
i) Saringan Membaca 13 Mei 2013 
ii) Saringan Menulis 20 Mei- 24 Mei 

SARINGAN 2- September / Oktober

Share:
JAWAPAN MODUL BANTUAN IBU BAPA TAHUN 6 YANG TERKINI

Sila muat turun disini
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts