JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MEMOHON SUMBANGAN KERUSI PLASTIK 3V GRED B


Share:

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (TAHUN 5)



JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (TAHUN 5)
 


Tarikh
Subjek
Masa
 

22.10.2013
Selasa
Bahasa Melayu ( Pemahaman )
( 50 Minit )
8.00 - 8.50 pg.
Belajar seperti biasa
8.50 - 10.00 pg.
Rehat
10.00 - 10.20 pg.
Matematik ( Kertas 2 )
( 40 Minit )
11.00 - 11.40 pg.
Bahasa Inggeris (Kertas 1 )
( 50 Minit )
12.00 - 12.50 tgh.

23.10.2013
Rabu
Matematik ( Kertas 1)
( 1 Jam )
8.00 - 9.00 pg.
Belajar seperti biasa
9.00 - 10.00 pg.
Rehat
10.00 - 10.20 pg.
Bahasa Melayu ( Penulisan )
( 1 Jam 15 Minit )
11.00 - 12.15 tgh.

24.10.2013
Khamis
Sains  ( 1 Jam 15 Minit )
8.00 - 9.1 5 pg.
Belajar seperti biasa
9.15 – 10.00 pg.
Rehat
10.00-10.20 pg.
Bahasa Inggeris ( Kertas 2 )
( 1 Jam 15 Minit )
11.00 - 12.15 tgh.
Belajar seperti biasa
12.15 - 12.50 tgh.
Share:

LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Pada hari Khamis, 3 Oktober 2013, sesi latihan kecemasan dan kebakaran 'Fire Drill' telah diadakan di padang SK Taman Putra Perdana 2. Latihan keselamatan ini merupakan salah satu tentatif tahunan yang dikelolakan oleh Unit Keselamatan di bawah bidang kuasa Guru Penolong Kanan HEM. Latihan ini dijalankan pada kedua-dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.

TARIKH
3 Oktober 2013
MASA
11.00 pagi ( murid sesi pagi )
5.00 petang ( murid sesi petang )
TEMPAT
Semua kawasan sekolah
TERAJU
Ustaz Muhd Nawawi bin Kandar
Penyelaras Program Keselamatan Kebakaran

OBJEKTIF LATIHAN

1.    Memberi latihan persediaan menghadapi situasi sebenar jika kebakaran berlaku di sekolah supaya cepat dan tangkas bertindak serta operasi menyelamat mangsa yang terperangkap.
2.    Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat  mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diisytihar selamat.
3.    Menyatakan bagaimana kebakaran boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan timbul.
4.    Mengenal pasti kelemahan–kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
5.     Menerangkan tatacara  menyelamatkan diri ketika kebakaran.

6.    Memastikan semua warga sekolah dalam keadaan selamat.

 Perlaksanaan program :
-       Loceng panjang dibunyikan ( amaran berlaku kebakaran ).
-       Semua murid dan warga sekolah bergegas berkumpul di padang sekolah.
-       Murid beratur mengikut kelas masing-masing.
-       Guru kelas menyemak bilangan murid.
-       Guru kelas memberi laporan bilangan murid kepada Guru Penyelaras Kebakaran.
-       Taklimat ringkas keselamatan kebakaran oleh GPK HEM, En. Mior Hussin.
-       Aksi gimik melibatkan mangsa kebakaran ( lakonan ).
-       Penerangan penutup dan ulasan keseluruhan oleh Guru Besar, En. Kamsani b. Sahlan.

Diharapkan sesi latihan ini dapat dimaafaatkan oleh warga SKTPP2 untuk menghadapi setuasi sebenar jika berlaku sama ada di sekolah atau di rumah serta di mana sahaja.


Semua murid, guru dan warga sekolah bergegas ke padang dengan teratur.






                                     Semua warga sekolah berkumpul di padang sekolah.




                                          Guru kelas sedang memeriksa kehadiran murid.




                        Penerangan dan taklimat ringkas oleh Penyelaras Program, Ust. Muhd Nawawi.



Lakonan gimik oleh mangsa kebakaran.
Share:

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KEEMPAT 2013

BERLALULAH SUDAH...KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KEEMPAT 2013

       Pada 30 September 2013 bersamaan hari Ahad, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP 2 buat kali keempat. Kerjasama yang diberikan diantara guru dan ibu bapa telah menghasilkan kejohanan yang meriah. Kejohanan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Adun Dengkil iaitu YB Tuan Shahrum bin Dato' Mohd Shariff. Beliau dengan berbesar hati telah datang untuk merasmikan majlis penutupan pada kali ini.Selain daripada pertandingan akhir acara sukaneka dan acara balapan, kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan acara 4x100m jemputan yang disertai oleh SKTPP 2, SJKC Sin Ming dan SK Puchong Jaya serta pertandingan basikal lambat. Pelbagai jenis makanan dan minuman turut dijual semasa kejohanan. Acara cabutan bertuah juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Hadiah utama cabutan bertuah ialah basikal Fixie dan tablet.

 Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan 2013 :

Gambar sepanjang Kejohanan :


Perbarisan Rumah Biru

Perbarisan Rumah Hijau

Perbarisan Rumah Merah

Perbarisan Rumah Kuning

Pasukan BSMM
Pasukan TKRS

Pasukan Tunas Puteri


Pasukan Pengakap

Pasukan PPIM


Bacaan Ikrar diketuai oleh Adik Azfar

Sukaneka Prasekolah

Sukaneka Tahap 1


Sukaneka Tahap 1

Semangat kesukanan yang tinggi

Basikal Lambat

Basikal Lambat

Meraikan Kemenangan

Peserta Acara 4x100m Jemputan


Perasmian oleh YB Tuan Shahrum bin Dato' Mohd Shariff

Hadiah utama
        Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan kali Keempat ini. Setinggi penghargaan kepada pihak PIBG terutamanya para guru yang bertungkus lumus untuk merealisasikan Kejohanan ini. Semoga berjumpa lagi pada Kejohanan Sukan Tahunan 2014.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts