JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2014

Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)  telah diadakan pada 27 Januari 2014 bersamaan hari Isnin bertempat di Dataran Perhimpunan SKTPP2. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan dengan pemberian sijil watikah pelantikan kepada semua pengawas. Semoga  semua pengawas yang telah dilantik  (Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pengawas SPBT) dapat melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik.


 GAMBAR SEKITAR MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2014


BARISAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS SPBT


PENGAWAS SEKOLAH

KETUA PENGAWAS : IRFAN HAZIQ B AMEROL HAMZAH
PENOLONG KETUA PENGAWAS 1 : AKMALEA INSYIRAH BT AZIZUL
PENOLONG KETUA PENGAWAS 2 : MUHAMAD NORNAIM B AZHA

PENGAWAS PSS

KETUA : MUHAMAD HANIF B ALIAS
PENOLONG KETUA 1 : QABIL MUQRIS
PENOLONG KETUA 2 : ANIS ADRIANA BT AFFENDY

PENGAWAS SPBT

KETUA : MUHAMMAD AMMAR B NAZRI
PENOLONG KETUA 1 : NUR AISHA NATASYA BT MOHAMAD SAIFUL
PENOLONG KETUA 2 : ADRIANA SOFEA EZURIEN BT ABD RAZAK

PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN BACAAN IKRAR

UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA PENGACARA MAJLIS EN. ROSMADI B ABD MANAF DAN TUAN GURU BESAR EN. KAMSANI B SAHLAN

Share:

MAJLIS PELANCARAN PrOD FASA 2 & FASA 3

Tarikh   : 27 Januari 2014
Hari      : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP2

Atur Cara:-

7.25 pg : Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.35 pg : Nyanyian lagu rasmi
              Bacaan Doa, Bacaan ikrar dan ucapan guru bertugas
7.45 pg : Majlis Pelancaran PrOD - Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis.
7.55 pg : Perasmian dan gimik pelancaran PrOD
8.05 pg : Majlis bersurai.


Perkongsian amalan terbaik dalam PrOD oleh guru dan murid :-

  • Kerja sepasukan.
  • Bertanggungjawab
  • Ikhlas
  • Tidak berkira
  • Tidak bersungut
  • Seronok datang ke sekolah
  • Senyum
  • Memberi salam
  • Berdisiplin
  • Menghormati
  • Menghargai
  • Menepati masa

SUASANA SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PrOD


KATA ALU-ALUAN DARIPADA PENGACARA MAJLIS - PN. MAZILAH BT JAMALUDIN

UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN GURU BESAR - EN. KAMSANI BIN SAHLAN

PERASMIAN DAN GIMIK PELANCARAN

Share:

KHEMAH IBADAH 2014

Pada 24 hingga 26 Januari 2014(Jumaat, Sabtu dan Ahad), SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Program Khemah Ibadah bagi murid-murid Tahun 6 selama 3 hari 2 malam. Seramai 180 orang murid telah menyertai program yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam ini. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dijalankan bagi membantu memantapkan lagi keperibadian, sahsiah, emosi, jasmani dan rohani murid-murid. Program ini juga memberi peluang kepada murid-murid menimba pengalaman berharga dan belajar hidup berdikari. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha murni pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid yang berkualiti yang  berjaya dari segi akademik dan rohani.

SISIPAN GAMBAR

PENGISIAN ROHANI

KATA-KATA NASIHAT DARIPADA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN & AKADEMIK (PN. SITI HANIM BT SUNGIT) , KETUA PANITIA AGAMA ISLAM (PN. ROZLINA BT MUSTAFA) DAN KEM KOMANDAN (EN. MUHAMMAD NAWAWI B. KANDAR)

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

WAJAH-WAJAH CERIA PESERTA KHEMAH IBADAH

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Share:

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa semua murid warganegara akan menerima bantuan khas awal persekolahan Tahun 2014 sebanyak RM 100.00 seorang. Bantuan akan diagihkan kepada ibu bapa / penjaga murid-murid  Tahun 2 hingga 6 pada ketetapan berikut :

            Tarikh             :  23 Januari 2014
            Hari                :  Khamis
            Masa             :  11.00 pagi hingga 1.00 petang
            Tempat         :  Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2

3.         Syarat kelayakan bagi murid bukan warganegara adalah salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia.

4.         Murid Tahun 1 ditangguhkan pemberian RM100 seorang pada satu masa yang akan diberitahu kelak kerana agihan bantuan adalah berdasarkan enrolmen murid tahun 2013.

5.         Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa kad pengenalan (asal & salinan) ibu bapa/ penjaga dan salinan surat beranak anak.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah diadakan pada hari sabtu yang lalu bersamaan 11 Januari 2014 bertempat di Dewan Terbuka SKTPP2. Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut :-
  • Perbincangan dua hala antara ibu bapa dan guru berdasarkan keputusan ujian.
  • Perbincangan bersama guru-guru untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian murid.
  • Perbincangan bersama bagi mengatasi masalah pembelajaran murid. 
Tentatif program :-

8.30 pagi        - Pendaftaran ibu bapa / penjaga
8.45 pagi        - Ucapan aluan oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) 
9.00 pagi        - Ceramah Keibubapaan
10.45 pagi      - Taklimat Kecemerlangan UPSR oleh Guru Penyelaras Tahun 6
12.00 tgh hari - Bersurai 

PENDAFTARAN


BACAAN DOA




UCAPAN ALUAN OLEH PK PENTADBIRAN



ANTARA IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR

CERAMAH KEIBUBAPAAN



TAKLIMAT KECEMERLANGAN UPSR


SESI PERBINCANGAN  ANTARA  IBU BAPA / PENJAGA DENGAN PIHAK SEKOLAH





Share:

Hari Pertama Persekolahan 2014 (Sesi Petang)

2 Januari 2014 – Hari petama persekolahan telah bermula, semua pelajar telah kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2014. Semua ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak mereka terutamanya pelajar tahun 1 .Tidak terkecuali juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus melakukan tugas masing-masing bagi melancarkan segala urusan untuk sesi persekolahan 2014 ini. 


Share:

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 (SESI PAGI)

UCAPAN GURU BESAR (EN. KAMSANI BIN SAHLAN)


UCAPAN GURU BERTUGAS, EN. MD. SUHAIDI BIN SABAR


GURU-GURU SESI PAGI TAHUN 2014


MURID-MURID SESI PAGI  (TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts