JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Laporan Merentas Desa 2014

TARIKH  : Sabtu / 10 Mei 8.00 - 4.30 PETANG
TEMPAT : Sekitar kawasan perumahan Taman Putra Perdana


     Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Taman Putra Perdana 2 yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTPP2. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6  mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru.
     Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing. Pada jam 7.45petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh En. Lukman. Selepas itu, En. Mustaqiem memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
     Tepat jam 8.15 pagi, acara merentas desa bagi kategori perempuan dimulakan.  Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota polis. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.
     Pada jam 10.30 pagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Hadiah disampaikan kepada 10 pemenang terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat. Juara keseluruhan telah disandang oleh rumah BIRU. Tahniah diucapkan.
















 Aktiviti bersurai pada jam 12.00 tengahari. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku.  Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. 
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts