JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

JADUAL PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2014

Adalah dimaklumlan bahawa waktu persekolahan bersempena dengan bulan Ramadhan adalah seperti ketetapan berikut:


Kelas Tasmek dan aktiviti Kokurikulum sesi pagi dan petang ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan mulai 30 Jun 2014 sehingga diberitahu kelak.


Share:

HARI JALINAN MESRA ( PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ) 2014 - SESI PAGI

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Jalinan Mesra 2014 pada 26 Jun 2014 bagi Tahun 6 dan 27 Jun 2014 bagi Tahun 4 dan 5. Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada Ibu Bapa dan Penjaga mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing. Mereka juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran untuk berbincang, mengajukan pertanyaan dan sebagainya berkaitan tahap penguasaan, perkembangan dan pencapaian akademik anak mereka. Program ini dijalankan selama 2 jam dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah menghadirkan diri dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini dijalankan. Ketetapan program adalah seperti berikut:-

TAHUN 6 

HARI          : KHAMIS
TARIKH     : 26 JUN 2014
TEMPAT    : DEWAN TERBUKA SKTPP2
MASA        : 10.50 AM - 12.50 PM

TAHUN 4 DAN 5

HARI          : JUMAAT
TARIKH     : 27 JUN 2014
TEMPAT    : KELAS
MASA        : 10.20 AM - 12.20 PM



TAHUN 6


Antara Ibu Bapa dan Penjaga yang hadir

6 UUM

6 UPM

6 UTM

6 UKM

6 USM

6 UM



Guru-guru Mata Pelajaran Teras






















TAHUN 4 DAN 5


Antara Ibu Bapa dan Penjaga yang hadir

4 UTM

4 UKM

4 USM

4 UM

Ibu / Penjaga menunggu giliran di luar kelas anak  masing-masing


4 UPM


4 UUM

4 UiTM


4 UiAM

5 UPM

5 UUM

5 UTM

5 UKM

5 USM

5 UM




Share:

MAJLIS ANUGERAH KUALITI A DAN KUALITI LULUS TAHUN 6

24th & 25th Jun 2014


Objektif: Memberi motivasi dan galakan kepada para murid yang berjaya mendapat 5A, 4A, 3A   dan lulus untuk mencapai lebih kejayaan dalam peperiksaan Percubaan UPSR 1 dan Peperiksaan UPSR 2014.


Antara juadah semasa majlis Anugerah Kualiti A dan Kualiti Lulus


Semasa jamuan

Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan memberikan sepatah dua kata

Murid yang berjaya mendapat 4A dalam peperiksaan PPT Tahun 6

Murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan PPT Tahun 6

Semasa jamuan

Murid yang berjaya mendapat 3A dalam peperiksaan PPT 2014

Bergambar dengan para guru Tahun 6

Para murid lelaki yang berjaya beroleh kecemerlangan dalam PPT 2014

Puan Siti Hanim menyerahkan token motivasi kepada murid yang berjaya


Share:

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE PERINGKAT SEKOLAH

Majlis pelancaran Frog VLE peringkat sekolah SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan pada 23 Jun 2014 pada hari Isnin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Norlela bt Hashim (PK HEM) untuk sesi pagi dan Pn. Azlimariah bt Arifin (PK Petang ) untuk sesi petang. Majlis ini telah dijayakan oleh Unit ICT SK Taman Putra Perdana 2. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.

Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.

Frog Student Champions SK Taman Putra Perdana 2 terdiri daripada:
a) AKMALEA INSYIRAH BINTI AZIZUL
b) IRFAN HAZIQ BIN AMEROL HAMZAH
c) LEIA SUSANNAH BT HAIRUNNIZAM
d) MUHAMMAD ADAM SYAHMI BIN MD SAYUTI
e) NUR FARRAH WAHIDAH BINTI MD.SHAHRIL
Majlis Pelancaran VLE Frog sesi pagi dijayakan oleh Pn. Norhafizah bt Che Zainal serta ajk unit ICT SK Taman Putra Perdana 2

Majlis Pelancaran Frog VLE sesi pagi disempurnakan oleh Puan Norlela bt Hashim, PK HEM.
Majlis Pelancaran VLE Frog sesi petang dijayakan oleh En. Ahmad Fakhri bin Mohd Zaki serta ajk unit ICT SK Taman Putra Perdana 2
Majlis Pelancaran sesi petang disempurnakan oleh Puan Azlimariah bt Arifin, PK Petang

Persembahan dari Frog Student Champion

Persembahan dari Frog Student Champion


Puan Norlela menyematkan badge kepada Frog Student Champion

Puan Norlela menyematkan badge kepada Frog Student Champion

Puan Norlela menyematkan badge kepada Frog Student Champion

Puan Norlela menyematkan badge kepada Frog Student Champion

Puan Norlela menyematkan badge kepada Frog Student Champion

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts