JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

JADUAL PECUTAN AKHIR UPSR 2014


Share:

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2014

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y. Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 26 Julai 2014 (Sabtu) hingga 03 Ogos 2014 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 04 Ogos 2014 (Isnin).

3.       Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid dan ibu bapa / penjaga SKTPP2.
           
Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Share:

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN 2014

Pada 21 Julai 2014 (Isnin) bersamaan 23 Ramadhan 1435H SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan Ramadhan peringkat sekolah anjuran Panitia Agama Islam.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk melahirkan murid - murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras denagn Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, ianya dapat memupuk semangat setia kawan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Di samping itu, meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

Murid - murid dan guru mula mengambil tempat pada pukul 7.00 pagi . Pada pukul 7.20 sehingga 8.00 pagi, para jemputan iaitu pihak PIBG serta ibu bapa /penjaga penerima sumbangan mengambil tempat. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Rosmadi bin Abd Manaf.

Persiapan tempat untuk Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan Ramadhan

Murid - murid mula mengambil tempat di Dewan Terbuka SKTPP2
Bacaan doa oleh Ustaz Rosmadi bin Abd Manaf
Para hadirin mengaminkan doa.


Penyelaras program, Ustazah Rahayu binti Ghani menyampaikan ucapan.



Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, En. Kamsani bin Sahlan menyampaikan ucapan.


Murid - murid yang terlibat dengan Khatam Al Quran mengambil tempat.


 Majlis Khatam Al Quran bermula, murid - murid membaca Al Quran dengan diketuai oleh Khalifah Ustaz Rosmadi bin Manaf.


 Bacaan Al Quran oleh para guru dengan diketuai oleh Khalifah Ustaz Mohd Razis bin Shainisi
  

Penyampaian cenderamata kepada Khalifah Khatam, Ustaz Rosmadi bin Abd Manaf 


Penyampaian cenderamata kepada Khalifah Khatam, Ustaz Razis bin Shainisi.


Penyampaian cenderamata kepada peserta khatam.



Penyampaian sumbangan Ramadhan


Persembahan Al Baghdadi 


Persembahan sketsa

Persembahan Piona Raya







Share:

MAKLUMAN TARIKH MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

 Y. Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa  pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadhan peringkat sekolah pada ketetapan berikut:
                                   
Tarikh             :   21 Julai 2014
                                    Hari                 :   Isnin
                                    Masa              :   7.20 pagi  hingga 12.50 tengah hari
                                    Tempat          :   Dataran  Perhimpunan

3.         Sehubungan dengan itu, persekolahan pada  hari tersebut hanya satu sesi sahaja. Semua murid sesi petang perlu  hadir mengikut waktu persekolahan sesi pagi ( 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari).

4.         Segala kerjasama dan keperihatinan tuan/puan kami hargai dan jutaan terima kasih diucapkan.


Sekian, harap maklum. 
Share:

MAJLIS PENGHAYATAN NUZUL AL QURAN

Pada 16 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H, SK Taman Putra Perdana 2 telah menganjurkan Majlis Penghayatan  Nuzul Al Quran sebagai salah satu program sempena Ihya' Ramadhan. Majlis Penghayatan Nuzul Al Quran ini diisi dengan ceramah Nuzul Al - Quran oleh Puan Nursaadah binti Din @ Mohamad Nasiruddin. Puan Nursaadah binti Din @ Mohamad Nasiruddin merupakan seorang pensyarah dari Jabatan Kefahaman @ Pemikiran Islam. Ceramah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Puan Nursaadah binti Din @ Mohamad Nasiruddin menyampaikan Ceramah Nuzul Al Quran



Murid mendengar ceramah yang disampaikan dengan penuh khusyuk.


Murid diminta membuat senaman bebas untuk menyegarkan badan bagi memastikan murid dapat mendengar ceramah dengan khusyuk.

Murid membuat senaman bebas sebelum menyambung ceramah.



Puan Nursaadah binti Din @ Mohamad Nasiruddin menyampaikan Ceramah Nuzul Al Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Share:

MAKLUMAN CERAMAH NUZUL AL QURAN

SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan Ceramah Nuzul Al Quran pada ketetapan berikut:

Tarikh   :  16 Julai 2014 (Rabu)
                18 Ramadhan 1435H

Masa    :  8.00pagi - 10.00pagi (Sesi Pagi)
               2.00petang - 4.00 petang (Sesi Petang)

Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2


Nuzul+AlQuran
Share:

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2014



Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Islam untuk mendapatkan pahala yang berlipat ganda. Justeru itu,Program Ihya' Ramdhan ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar  ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Islam. Program ini juga bertujuan menanamkan semangat menghidupkan bulan ramadhan yang mulia ini dalam diri murid-murid SKTPP2 dengan pelbagai program yang berbentuk keislaman.  Semoga pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya' Ramadhan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh alam kedewasaan kelak.  

KETETAPAN MAJLIS

TARIKH           : 30 JUN 2014
HARI                : ISNIN
MASA              : 7.30 PAGI
TEMPAT          : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2


AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

  1. Pelancaran Ihya' Ramadhan
  2. Tazkirah Ramadhan
  3. Tadarus al-Quran
  4. Memperdengarkan bacaan al-Quran / zikir / nasyid
  5. Kutipan derma / galakan bersedekah
  6. Risalah Ramadhan / Buletin Ramadhan
  7. Ceramah Nuzul al-Quran
  8. Majlis khatam al-Quran dan sumbangan Ramadhan kepada anak yatim & asnaf

SUASANA SEKITAR MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN


KATA-KATA ALUAN DARIPADA TUAN GURU BESAR, EN.KAMSANI BIN SAHLAN




MAJLIS DIRASMIKAN OLEH TUAN GURU BESAR


PENGACARA MAJLIS, USTAZAH NOR SA' ADAH BINTI SABIDIN


PERSEMBAHAN MURID











Share:

TAKLIMAT DENGGI

          Pada 30 Jun 2014 yang lalu, bertempat di tapak perhimpunan SKTPP2 telah diadakan satu taklimat berkaitan denggi yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Salihin bin Jelani, Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Sepang.
           Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada murid-murid SKTPP2 berkaitan bahayanya denggi, punca-punca berlakunya denggi dan langkah-langkah pencegahannya.









Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts