JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SEKITAR MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH KALI KE-6 2015

SEKITAR MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH KALI KE-6 2015

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah telah diadakan pada 19 November 2015 ( Khamis ) bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2. Majlis ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Kali ke-6 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Khairi bin Bidin ( Pegawai Pendidikan Daerah Sepang )

Majlis seumpama ini telah diadakan pada setiap tahun untuk menghargai kecemerlangan murid-murid dan sebagai salah satu cara atau motivasi untuk meningkatkan murid lebih cemerlang di masa hadapan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir untuk memeriahkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Kali ke-6 2015.

ANUGERAH YANG DISAMPAIKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah ( Graduasi )
    Prasekolah Kasihku
    Prasekolah Sayangku

2. Anugerah Khas Prasekolah
     - Ketua Kelas
     - Penolong Ketua Kelas
     - Anugerah Kehadiran Terbaik
     - Anugerah Sahsiah Terbaik
     - Anugerah Kecemerlangan Sukan
     - Anugerah Kebersihan
     - Matapelajaran Terbaik

3. Tokoh Murid Prasekolah

4. Pengawas Sekolah Tahun 6

5. Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 6

6. Pengawas SPBT Sekolah Tahun 6

7. Pembimbing Rakan Sebaya   Tahun 6

8. Kedudukan Terbaik Dalam Kelas Tahun 1 - 6
    Tempat Pertama
    Tempat Kedua
    Tempat Ketiga

9. Matapelajaran Terbaik Tahun 1-6

10. Anugerah Intan ( Pemulihan )

11. Anugerah NILAM

12. Anugerah Murid 5A UPSR 2015

13. Anugerah Tokoh Bestari

14. Anugerah Tokoh Nurani

15. Anugerah Tokoh Kesatria

16. Anugerah Tokoh Bitara


SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG


Pentas 2015 Bertema Biru Salju


Barisan Guru Pendaftaran





Ketibaan Tetamu Jemputan Tuan Haji Khairi bin Bidin ( Pegawai Pendidikan Daerah Sepang )





Barisan Pentadbir, ajk PIBG dan ibu bapa



Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Razis bin Shainisi



Pengacara Majlis dan Penyelaras Program HAC 2015



Barisan Penerima hadiah HAC 2015


Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat 5A UPSR 2015

PERSEMBAHAN MURID TAHUN 6





Anugerah Tokoh Sinar Bestari 2015


Anugerah Tokoh Sinar Bestari  2015


Anugerah Tokoh Sinar Bestari 2015


Anugerah Tokoh Sinar Nurani 2015


Anugerah Tokoh Sinar Nurani 2015



Anugerah Tokoh Sinar Kesatria



Perarakan Masuk Hadiah Tokoh Bitara 2015



Tokoh Bitara 2015 



Barisan guru-guru SKTPP2 2015
Share:

HARI ORIENTASI TAHUN 1


SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 pada pada 14 November 2015 bersamaan hari sabtu. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada bakal murid Tahun 1 sesi 2016 merasai suasana sebenar alam persekolahan yang bakal ditempuh. Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk mengenali guru-guru, rakan-rakan dan persekitaran sekolah. Pogram ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid melalui ujian diagnostik yang dijalankan serta memudahkan pengurusan kelas. Berikut merupakan tentatif program Hari Orientasi Tahun 1 yang telah dijalankan:-


TENTATIF HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2016


TARIKH         :           14 November 2015  ( Sabtu )
            MASA             :         8.00 pagi – 12.00  tengah hari


Masa
Aktiviti

7.45 pagi

- Kehadiran ibu/bapa/penjaga bersama murid- murid Tahun 1    
2016.
- Murid – murid beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan 
  (mengikut papan tanda kelas) di tapak perhimpunan.


8.00 pagi
 hingga
8.15 pagi.

- Murid- murid berhimpun di dataran perhimpunan.
- Nyanyian lagu :
                            -Negaraku
                            -Negeri Selangor
- Bacaan doa ( Ustaz Ramdani bin Mohd Suhud )


8.15 pagi
hingga
11.30 pagi


-Murid – murid bergerak ke kelas untuk Ujian Diagnostik bagi mata 
 pelajaran:
                 - Bahasa Malaysia
                 - Matematik
                 -Bahasa Inggeris


8.15 pagi
hingga
9.30 pagi

- Ibu/bapa/penjaga bergerak ke dewan terbuka untuk taklimat am
  dan disiplin.
                      -Kata – kata aluan pengerusi majlis
                      -Ucapan Guru besar
                      -Taklimat am dan disiplin oleh Penolong Kanan


9.30 pagi
 hingga
11.30 pagi

- Ibu/bapa/penjaga bergerak ke tempat – tempat yang telah  
  ditetapkan untuk mengambil:
- tanda nama     
- baju Pendidikan Jasmani (PJ)                   
- folder peribadi murid
- buku teks(kaunter di hadapan bilik SPBT)

12.00 tengah hari
Bersurai









































SUASANA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG


Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik


sebahagian daripada pemeriksa kertas


pendaftaran

bacaan doa oleh Ustaz Ramdani b. Mohd Suhud

Pengacara Majlis

Murid-murid bergerak ke kelas

Ibu bapa / penjaga mengambil Tanda ama, Baju PJ dan Fail Peribadi 
Ibu bapa/penjaga mengambil buku teks
Ucapan aluan daripada Penolong Kanan HEM

Ujian Diagnostik sedang dijalankan

Ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar


Antara ibu bapa/penjaga yang hadir

Murid-murid Tahun 1 sesi 2016

Pengacara Majlis




Share:

PERHIMPUNAN RASMI 16 NOVEMBER 2015 (SESI PAGI)

TARIKH : 16 NOVEMBER 2015 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. CIK NORAZIAH BT. ALI
  2. PN. MURNEI BT. AHMAD
  3. PN. KHAIRUN NISA BT. ABDUL HALIM
  4. EN. MOHD RANI B. ARBAIN
  5. EN. NOORHISHAM B. MOHAMAD
  6. PN. NURUL AIDA BT. MOHD ROSLI


TEMA : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PERSEKITARAN


Ketua guru bertugas, Cik Noraziah bt. Ali  menyampaikan ucapan. Antara nasihat dan peringatan yang disampaikan :


·                     murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa menjaga keselamatan
              diri .
·                     Tema Mingguan – Murid perlu menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran
             dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong dan sebagainya. Murid
             didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran
             serta kesan tidak menjaga kebersihan persekitaran.


Ucapan Guru : Pn. Zaripah bt. Ismail

·                     Pn. Zaripah telah mengumumkan pemenang bagi setiap aktiviti selepas UPSR  yang telah dijalankan oleh murid Tahun 6.








Ucapan Ketua Guru Disiplin : Ustaz Mohd Razis bin Shainisi


·                     Setiap murid mesti sentiasa mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa.
·                     Ustaz menekankan tentang salah satu peraturan sekolah, iaitu sentiasa berambut
             pendek.
·                     Disiplin sekolah berada ditahap memuaskan.


Ucapan Pentadbir : En. Ahmad Mustaqiem b. Ahmad (PK Kokurikulum)

·                     En. Ahmad Mustaqiem  telah menyampaikan maklumat berkaitan dengan aktiviti                    kokurikulum sepanjang tahun 2015.
·                     Murid-murid perlu lebih aktif dan lebih ramai murid mengambil bahagian di dalam               aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti sukan pada tahun hadapan.




Ucapan Pentadbir : Pn. Norlela bt. Hashim (PK HEM)

·                     Pn. Norlela telah menyampaikan maklumat berkaitan dengan aktiviti HEM bagi tahun 2015.
·                     Disiplin murid-murid SKTPP2 sepanjang tahun 2015 adalah memuaskan, diharapkan disiplin murid-murid menjadi lebih berdisiplin pada tahun 2016.



Ucapan pentadbir : Pn Siti Hanim bt Sungit (PK Pentadbiran)

·                     Pn Siti Hanim telah menyampaikan maklumat berkaitan dengan cuti persekolahan.                  Semua murid perlu  mengulangkaji pelajaran semasa cuti persekolahan.
·                     Pembahagian kelas bagi sesi persekolahan 2016.
·                     Mengumumkan tentang bilik terbaik bagi daerah Sepang, iaitu Bilik Muzik SKTPP2.



Ucapan Pentadbir : En. Kamsani b. Sahlan (Guru Besar)

·                     En. Kamsani telah menyampaikan maklumat berkaitan keputusan UPSR yang akan                  diumumkan pada hari esok.
·                     Cuti persekolahan akan bermula pada 21 November 2015.
·                     Murid-murid perlu memanfaatkan masa cuti dengan mengulangkaji pelajaran.







Share:

MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN MURID TAHUN 6 2015

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Graduasi dan Jamuan Murid Tahun 6 pada 13 November 2015 (Jumaat) dengan jayanya. Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan meninggalkan zaman persekolahan di sekolah rendah. Semoga majlis seumpama ini memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berjaya di masa hadapan. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh wakil PPD Sepang iaitu Encik Mohd Alias bin Awang. Majlis ini berakhir pada jam 12.20 tengah hari. 

Biar gambar di bawah berbicara :) 

Pentas bertemakan biru salju

Wakil PPD Sepang, YDP PIBG, dan barisan pentadbir sekolah



Ucapan daripada perasmi majlis, Encik Mohd Alias dan Guru Besar, Encik Kamsani bin Sahlan





Wajah-wajah ceria murid tahun 6 2015


Penerimaan skrol di atas pentas


Persembahan daripada murid-murid tahun 6


Bergambar sebagai kenang-kenangan


MC dan penyelaras majlis

AJK PA sistem

Jurugambar terlatih

 Barisan pentadbir dan guru-guru tahun 6

Para pentadbir SKTPP2, ahli PIBG dan Encik Mohd Alias

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Terima kasih :)) 




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts