JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 27/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Perhimpunan Rasmi pada Minggu 27 ini bermula tepat jam 7.30 pagi. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. kemudian, disusuli pula dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan Ketua Guru Bertugas: Pn Rohaila Binti Abdullah


Tema: Kenali Malaysia

Isi Ucapan:


Guru menjelaskan tentang Negara Malaysia yang merdeka yang mana terdiri daripada Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.Malaysia juga mempunyai 14 buah negeri yang diduduki oleh pelbagai kaum.Setiap negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri masing-masing. Di Malaysia juga mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.
             Guru juga menerangkan kepada murid tentang betapa bertuahnya kita yang dilahirkan di bumi Malaysia. Selain itu, Guru juga menekankan kepada murid tentang sifat perlu bersyukur kerana hidup di Malaysia dengan aman damai tanpa ancaman luar.


Ucapan dari Penolong Kanan Pentadbiran: Pn Siti Hanim Bt.Sungit




Guru menjelaskan kepada murid supaya lebih fokus di dalam pembelajaran dan lebih memberikan perhatian sewaktu guru berucap di hadapan. Seterusnya guru menerangkan kepada murid tentang Melindungi Masa Instruksional (MMI).Selain itu, guru menyentuh serba sedikit tentang adab berziarah sempena dengan sambutan syawal.







Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU 27/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhimpunan Rasmi bagi sesi petang Minggu 27 tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Berikut dinyatakan senarai guru bertugas bagi sesi petang Minggu 27.

Ketua Guru Bertugas : Puan Mufidah Zafirah Binti Mihat
Senarai Guru Bertugas:
1. Puan Suriani
2. Puan Surina
3. Puan Salimah Nuriyah
4. Encik Mohd Sharizam
5. Puan Yuzainismar
6. Puan Nor Atikah Nasarudin

Tema Minggu 27 : Malaysia Negaraku- Kenali Malaysia
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 25

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhimpunan Rasmi pada Minggu 25 ini bermula tepat jam 7.30 pagi. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Kemudian,  disusuli pula dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn Siti Nora bt Mohamed Ahyar





Tema: Kemahiran Belajar
Isi Ucapan: 
Guru menjelaskan maksud kemahiran belajar, iaitu merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Guru juga menjelaskan agar murid-murid menggunakan kemahiran belajar dengan betul bagi memastikan perkara yang dipelajari dapat diterima dan difahami. Berikut adalah antara kepentingan-kepentingan belajar menggunakan kemahiran belajar yang betul:
       1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek
       2. Memupuk disiplin murid
       3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat
       4. Meningkatkan daya ingatan
       5. Pengurusan masa yang berkesan
       6. Meningkatkan pencapaian individu

Atur cara perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sumbangan insentif kepada murid-murid yang berjaya melayakkan diri dalam bidang sukan ke peringkat negeri dan kebangsaan. Hadiah insentif ini disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana 2 sebagai galakan dan penghargaan kepada murid-murid ini.






Seterusnya, perhimpunan ini turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Minggu Bahasa Melayu.







Ucapan Guru Disiplin: En Mohd Razis bin Shainisi
En Mohd Razis memaklumkan bahawa Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan akan diadakan pada Hari Selasa (14 Julai 2015). Murid-murid juga dinasihatkan agar menjaga disiplin sepanjang majlis berlangsung. selain itu, beliau turut menasihati murid-murid agar tidak bermain mercun dan menjaga diri sepanjang cuti perayaan ini.

Ucapan PK Kokurikulum: En Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim




Berdasarkan tema pada minggu ini, Kemahiran Belajar, En Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim menyarankan agar murid-murid mencari contoh-contoh karangan sama ada karangan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris melalui internet untuk dibaca. Saranan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penulisan dan menambahkan pengetahuan tentang tatabahasa.

Perhimpunan bersurai pada jam 8.00 pagi.

Share:

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DAN SUMBANGAN RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH 2015

Makluman kepada semua warga SKTPP 2,

Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

HARI           :  SELASA
TARIKH      :  14 JULAI 2015
MASA          : 7.20 PAGI - 12.50 TENGAH HARI
TEMPAT      : DEWAN TERBUKA SKTPP2

Semua murid dijemput hadir untuk meraikan majlis kemuncak bagi Ihya' Ramadhan tahun ini. Semoga kita memperolehi keberkatan dengan penganjuran majlis ini.
Pakaian: Seragam sekolah yang lengkap.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. 
  • Memupuk rasa cinta kepada Allah.
  • Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental murid.
  • Menjalinkan ukhwah sesama umat Islam.



S
Share:

Klinik Buku Teks (SPBT) SKTPP 2

MAKLUMAN :

Unit SPBT telah mengadakan program Klinik Buku bermula 27 Julai 2015. Antara khidmat yang ditawarkan bagi program ini ialah :

a) Baik pulih buku teks
    Harga : RM 1 hingga RM 3

b) Membalut buku teks
    Harga : RM 2 untuk 1 buku

Waktu Operasi :

a) sesi pagi     : 10.00-10.50 pagi
b) sesi petang : 12.30-1.05 tengah hari

Unit SPBT turut menjual penanda buku teks mengikut subjek.

a) Tahap 1 : RM 4 untuk 10pcs (1 set)
b) Tahap 2 : RM 5 untuk 10pcs (1 set)






Share:

HARI JALINAN MESRA TAHAP 1 TAHUN 2015

TARIKH : 16 JUN 2015
HARI : SELASA
MASA : 3.50-6.20 PETANG
TEMPAT : KELAS MSING-MASING


Hari jalinan mesra yang pertama bagi tahun 2015 untuk murid-murid tahap berjalan dengan lancar. Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa sangat memberangsangkan. Melalui program ini ibu bapa dapat didedahkan  tentang pelaksanaan PBS. Ibu bapa dan guru juga dapat berbincang bersama-sama untuk meningkatkan lagi kemajuan murid-murid  pada masa akan datang. 

Gambar sekitar hari kejadian....





"LEARNING TODAY FOR A BETTER TOMORROW"

Share:

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SESI 2015

HARI           :  JUMAAT
TARIKH      :  3 JULAI 2015
MASA          : 7.20 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT      : DEWAN TERBUKA SKTPP2



OBJEKTIF PROGRAM


  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. 
  • Memupuk rasa cinta kepada Allah.
  • Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental murid.
  • Menjalinkan ukhwah sesama umat Islam.


TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi               - Murid berkumpul
7.25 pagi               - Bacaan Yasin
8.00 pagi               - Tadarus al-Quran
10.30 pagi             -  Ceramah Nuzul al-Quran oleh Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Zainuddin
12.00 Tengah hari - Majlis bersurai




SUASANA SEKITAR MAJLIS






























Share:

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa semua murid akan bercuti selama 7 hari sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 15 Julai 2015 (Rabu) hingga 21 Julai 2015 (Selasa). Persekolahan akan bermula seperti biasa pada 22 Julai 2015 (Rabu). Cuti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

BIL
TARIKH CUTI
JENIS CUTI

TARIKH GANTI
1
15 Julai 2015
(Rabu)
Cuti Berganti

10 Oktober 2015
(Sabtu)
2
16 Julai 2015
(Khamis)
Cuti Peristiwa

Tidak Perlu Ganti

3
17 Julai 2015
(Jumaat)
Cuti Hari Raya Aidilfitri
-
4
18 Julai 2015
(Sabtu)
Cuti Hari Raya Aidilfitri
-
5
19 Julai 2015
(Ahad)
Cuti Hari Ahad
-
6
20 Julai 2015
(Isnin)
Cuti Perayaan
Tidak Perlu Ganti

7
21 Julai 2015
(Selasa)
Cuti Perayaan
Tidak Perlu Ganti

 3.         Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI UNTUK ANAK YATIM DAN MURID MISKIN 2015

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI UNTUK
ANAK YATIM DAN MURID MISKIN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa persekolahan pada 14 Julai 2015 (Selasa) akan dijalankan secara satu sesi sahaja. Oleh itu, semua murid tahun 1 hingga tahun 6 dikehendaki hadir ke sekolah mengikut waktu persekolahan sesi pagi pada 14 Julai 2015 (Selasa), seperti ketetapan berikut:- 

MURID

WAKTU MASUK


WAKTU KELUAR/ BALIK


CATATAN

Tahun 1
hingga
Tahun 6


7.20 pagi

12.50 tengah hari

*Semua murid tidak
  perlu membawa beg
  sekolah.
*Pakaian:
  Berpakaian seragam
  sekolah.
           
 Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 24/2015




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid. Ucapan Ketua Guru Bertugas :i) Pn. Nadhrah binti Ab Satar i.Tema: Sayangi Diri (Disiplin Diri):  Guru menerapkan sifat- sifat disiplin dalam diri murid. Guru menggalakkan murid supaya sayangi diri dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.













ii) Ucapan Guru Disiplin: Ustaz Razis bin Shainisi

Guru disiplin mengingatkan murid2 supaya menjaga tingkah laku sepanjang waktu persekolahan. Beliau juga menegaskan supaya murid- murid tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. Selain itu, murid juga ditegaskan supaya tidak membawa atau menggunakan pensel mekanikal sewaktu di dalam bilik darjah.








iii) Ucapan Setiausaha Peperiksaan: Pn. Syafrida binti Ibrahim

Pn. Syafrida memklumkan tarikh peperiksaan percubaan UPSR yang akan di langsungkan pada 7, 8 dan 9 Julai 2015. Beliau juga memaklumkan pergerakan murid- murid ke kelas yang ditentukan bagi memudahkan pengurusan Peperiksaan UPSR 2015.



iv) Ucapan PK HEM: Pn. Norlela binti Hashim

Guru PK HEM memaklumkan program PLC (Professional Learning Community) yang akan dijalankan selama 3 hari bermula 7,8,dan 9 Julai 2015. Sehubungan dengan itu, seramai 70 orang guru- guru daripada sekolah- sekolah yang lain akan menghadiri Bengkel PLC yang bertempat di SKTPP2. Beliau juga mengingatkan murid- murid supaya menjaga tingkah laku sepanjang sesi persekolahan.













Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts