JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR


UJIAN PRA-UPSR BAGI MURID TAHUN 5 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

SK Taman Putra Perdana 2 akan menjalankan ujian pra-UPSR bermula pada 28/9/2015 hingga 2/10/2015. Cara pelaksanaannya guru matapelajaran tersebut akan manjalankan mengikut waktu PdP cikgu matapelajaran. Diminta ibubapa memantau pelajaran anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Selamat bercuti.
Share:

PEPERIKSAAN UPSR 2015

TARIKH          : 8 - 10 SEPTEMBER 2015
HARI               : SELASA HINGGA KHAMIS


Selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada murid-murid Tahun 6 SK Taman Putra Perdana 2 bagi Tahun 2015. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Kejayaan pada hari ini penentu masa hadapan yang lebih cemerlang.

 "Apabila kamu telah berazam, maka bertawakal kepada Allah,Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal" - Surah Ali Imran ayat 159


"Kejayaan bukanlah satu destinasi,
Tetapi ia adalah satu perjalanan,
 Semakain jauh anda berjalan, semakin bagus anda jadinya,
Ianya tiada berpenghujung". 












ALL THE BEST !!!

Share:
SK Taman Putra Perdana (2), 7 September 2015 (Isnin): Pada minggu ke 33 , murid SKTPP2 ditekankan tentang kenali dan hormati pemimpin negara. Tema ini sangat  bersesuaian bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Murid- murid mengenali pemimpin – pemimpin nagara. Selain itu, murid perlu mengetahui cara menghargai jasa pemimpin – pemimpin Negara. Setiap pihak memainkan peranan dalam melahirkan perasaan cinta dan sayang kepada Negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengganjurkan kuiz-kuiz kemerdekaan semasa bulan kemerdekaan dan juga mengadakann lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah. Pihak Masyarakat pula memainkan peranan dalam bersatu padu dan mengamalkan sikap tolenrasi antara kaum. Justeru itu, Pihak Negara pula membina memorial pejuang –pejuang kemerdekaan Negara bagi memperingati jasa baik pejuang – pejuang Negara.  


                  
Cik Margaret Ann a/p Arputham
                 
      Pada minggu ini,  guru yang bertugas ialah Cik Margaret Ann a/p Arputham, Pn. Siti Raudah bt Hamid, Pn. Nor Aisyah bt. Zulkifli, En. Md Suhaidi bin Md Sabar, Pn Rahayu binti Ghani, Cik Farah Hanis binti Ramli dan Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim. Murid-murid yang mempunyai masalah bolehlah merujuk kepada guru-guru berkenaan.



                                                En. Mohd Razis bin Md Shainisi


         Selain itu, murid dimaklumkan tentang menjaga kunci- kunci basikal supaya tidak hilang dan basikal dikunci supaya tidak dicuri. Murid juga diingatkan tidaK membawa telefon bimbit ke sekolah dan akan dirampas oleh guru disiplin. Guru disiplin mengingatkan murid telefon bimbit tidak akan diberi selagi ibu bapa murid tersebut hadir ke sekolah. 
      

              

                     Akhir Perhimpunan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran , Pn. Siti Hanim  bt. Sungit telah memberi nasihat kepada murid-murid SKTPP2 terutamanya kepada calon UPSR, murid Tahun Enam tentang penjagaan kesihatan. Seterusnya beliau memberi peringatan kepada murid-murid supaya menjawab soalan UPSR dengan baik.  
Share:

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA – UPSR, BACAAN YASSIN & MOHON RESTU





MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA – UPSR, BACAAN YASSIN & MOHON RESTU  

TARIKH : 03 SEPTEMBER 2015
HARI : KHAMIS


MASA : 7.00 - 10.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2  
KEHADIRAN : WARGA SKTPP2  DAN IBUBAPA/PENJAGA TAHUN 6






Alhamdullillah,  Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2015 kali  ke- 2 telah  berjaya dilaksanakan dengan jaya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada  kalangan  ibubapa dan penjaga murid  - murid tahun 6.

Program ini melibatkan seluruh warga SK Taman Putra Perdana 2 , murid tahun 6  serta ibu bapa dan  penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah  yang di imamkan oleh  Ustaz Razif Bin Sainisi . Disusuli dengan  bacaan Yasin dan solat hajat berjemaah  untuk memohon kejayaan yang cemerlang bagi anak-anak dalam peperiksaan UPSR .

Majlis ini juga telah dihadiri oleh tuan Guru Besar,En Kamsani  bin Sahlan & isteri.Ucapan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir ke majlis ini.
Solat isyak berjemaah diimamkan oleh  Ustaz Rosmadi bin Manaf. Sesudah solat isyak, semua tetamu yang hadir dijemput menjamu selera yang disediakan oleh pihak sekolah dan juga sumbangan daripada pihak  ibubapa/penjaga.

Majlis ini juga di selitkan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh  En Bakhtiar Fitri Bin Abd Hamid. Slot ini merupakan pecutan akhir bagi membangkitkan semangat pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.Slot motivasi ini diakhiri dengan mohon restu para pelajar  bersama ibubapa/penjaga masing-masing.

 Majlis tamat kira-kira jam 10.40 malam dengan satu  azam  ingin  mencapai  kejayaan yang cemerlang dalam UPSR amnya ,dunia dan  akhirat khasnya.

Ya Allah , perkenanlah permintaan kami ini , hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin.











Share:

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DAN TALENTCORP


Assalamualaikum wrm. wbt. dan salam sehati sejiwa...

Sememangnya SKTPP2 sentiasa menjalin kerjasama dengan pihak luar yang berminat untuk mengadakan pelbagai program bersama pelajar. Justeru pada 20 Ogos 2015, pihak JPA dan Talentcorp telah menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat berkaitan dengan alam sekitar di SKTPP2. Aktiviti ini  merupakan sebahagian dari komponen dalam program latihan pengurusan bagi pelajar-pelajar graduan Amerika Syarikat tajaan JPA. 

Seramai 60 orang pelajar tahun 3 yang terlibat dalam aktiviti ini yang bertujuan untuk:

  1.  Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar akan kepentingan mengekalkan  dan menjaga sekitar melalui aktiviti simulasi.
  2.  Menunjukkan betapa berharganya alam sekitar dan kesan yang terjadi sekiranya kita  tidak melindunginya.
  3.  Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan alam sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  1. Simulasi
  2. Sesi pembentangan 
  3. Memasukkan semula pokok (repotting a plant)



Penerangan dalam bentuk kumpulan
Aktiviti simulasi cara menanam pokok dengan betul.
Repotting a plant!


Pn Azlimariah mewakili sekolah menerima penghargaan dari pihak Talentcorp

Pelajar bersama pihak Talentcorp
Special Thanks To JPA & Talentcorp...
                                                                        We Look Forward For Futher Collaboration...

#sehatisejiwa


Wassalam..

::wmwm::



Share:

MAKLUMAN MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS MOHON RESTU BERSAMA MURID TAHUN 6 KALI KE-2 BAGI CALON-CALON UPSR SK TAMAN PUTRA PERDANA 2, 2015

Y.Bhg. Dato / Datin / Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS MOHON RESTU BERSAMA MURID TAHUN 6 KALI KE-2 BAGI CALON-CALON UPSR SK TAMAN PUTRA PERDANA 2, 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis yang tersebut di atas seperti ketetapan di bawah :

                                 Tarikh   :  3 September 2015 ( Khamis)
                                  Masa    :  7.00 malam sehingga 10.30 malam
                                  Tempat :  Dewan Terbuka, SK Taman Putra Perdana 2 

Sumbangan makanan amat dialu-alukan sebagai hidangan pada majlis tersebut daripada pihak ibu/bapa/penjaga. Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama daripada Y Bhg Dato / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Berikut disertakan aturcara majlis untuk makluman Y Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan :



JADUAL / ATUR CARA

 MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS MOHON RESTU

BERSAMA MURID TAHUN 6 DAN IBU BAPA SERTA GURU-GURU

SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

TAHUN 2015



                  TARIKH
   MASA
03 SEPTEMBER  2015
( KHAMIS MLM JUMAAT )
7.00 – 7.30 malam
Pendaftaran ibu bapa dan murid
7.30 – 9.00 malam
·         Ucapan Pengerusi Majlis
·         Solat Maghrib, bacaan Yasin dan Solat Hajat
·         Solat Isyak
9.00 – 10.30 malam
·         Slot Motivasi oleh penceramah bersama ibu bapa & murid
·         Mohon restu murid-murid bersama ibu bapa
10.30 malam
·         Jamuan
·         Bersurai




 







Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts