JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 9 ( SESI PETANG)

Laporan Perhimpunan Minggu 9
Tarikh: 29 Februari 2016
Hari: Isnin
Masa: 6.00 petang
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru bertugas:
1. Pn Nurul Amira Hidayah
2. Pn Juslinda
3. Pn Narimah
4. Pn Rasina
5. En. Ahmad Ridzuan

Tema: Sayangi Diri Budi Pekerti

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sekolah, Negeri Selangor dan Malaysia Berjaya. Setelah itu adalah bacaan ikrar dan doa.

Seterusnya ucapan daripada ketua  guru bertugas Pn Amira. Tema pada minggu ini adalah Sayangi Diri Budi Pekerti.  Murid diterangkan tentang adab di perhimpunan.

  • Sentiasa berdiri tegak
  • Menumpukan perhatian dengan ucapan
  • Menghormati lagu kebangsaan serta bacaan ikrar
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Hari Nilam. Dimulakan dengan ucapan guru Nilam. PN Faziha. Antara intipati ucapan :

  • Sejarah Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca)
  • Cara merekod bacaan dalam buku Nilam.
  • Membaca diwaktu lapang dapat menambah ilmu serta pengetahuan




Seterusnya adalah ucapan perasmian daripada En Farid Anwar Penolong Kanan Petang. Antara ucapan yang disampaikan :

  • Menanamkan sifat rajin membaca.
  • Sentiasa membaca bagi menambah ilmu dan memenuhi masa lapang dengan amalan membaca. 


Kemudian murid dan guru menyanyikan lagu NILAM bersama- sama dengan iringan muzik.

Majlis diteruskan lagi dengan program 5 minit membaca. Murid dan guru bersama sama membaca bahan bacaan selama 5 minit


Tepat jam 6.40 majlis bersurai.



Share:

PENTAKSIRAN SUMATIF 1 2016

Pentaksiran Sumatif 1 akan dijalankan bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 pada 8 Mac hingga 11 Mac 2016. Jadual adalah seperti di bawah. Bagi Ibubapa/penjaga yang memerlukan salinan jadual dalam bentuk pdf file bolehlah memuat turun daripada link yang disediakan. Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru mengucapkan Selamat Menduduki Pentaksiran Sumatif 1 dan Semoga Berjaya kepada semua murid.


Muat turun jadual bagi Tahun 1 DISINI.


Muat turun jadual bagi Tahun 2 dan 3 DISINI



Muat turun jadual bagi Tahun 4 dan 5 DISINI



Muat turun jadual bagi Tahun 6 DISINI


Share:

MAKLUMAN PROGRAM KHEMAH IBADAH & KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6


Tarikh:
26 – 27 Feb 2016
Hari:
Jumaat – Sabtu
Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam kerjasama Jawatankuasa Tahun 6 dan Unit Bimbingan Kaunseling
Sasaran:
Murid Islam Tahun 6


Objektif:
1. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
2. Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berdisiplin tinggi.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan ketahanan fizikal dan mental.

Aktiviti:
1.Icebreaking
2.Solat berjamaah
3.LDK
4.Ceramah
5.Tazkirah
6.Qiamulail
7.Amali sembelihan

Share:

PEMERIKSAAN BUKU TEKS

Tarikh     :24 Februari 2016
Hari :       :Rabu
Masa:      :Sesi pagi: 7:30 - 8:30 pagi
                 Sesi petang: 1:20 - 2:20 petang

Murid perlu pastikan semua buku teks telah dibalut dan ditulis nama. Murid perlu bawa semua buku teks sahaja ke sekolah pada hari tersebut.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 8 2016 (SESI PAGI)



TARIKH : 22 FEBRUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. PN ZARIPAH BINTI ISMAIL
  2. PN. SITI RAUDAH
  3. PN. LEE SAU MEI
  4. PN NORSHAHIZA 
  5. PN MURNIE BINTI AHMAD
  6. PN NURHIDAYAHNI BINTI JASNI
TEMA :SAYANGI DIRI

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, Pn Zaripah binti Ismail menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan Tema Sayangi Diri. Antara kandungan yang disampaikan ialah :-
  • Setiap murid perlu menghormati guru dengan memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa menghulurkn bantuankepada guru.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan guru dan memberi perhatian ketika guru mengajar
  • PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH. Murid-murid didedahkan dengan kesan penyalahgunaan dadah seperti kerosakan otak,ketagih, strok, pendarahan kerongkong, gangguan pernafasan dan degupan jantung tidak berkala.

Ucapan Guru Disiplin : USTAZ MOHD RAZIS BIN SHAINISI
Di antara perkara yang ditekankan dalam ucapan ustaz:

  • Lenacana sekolah perlu dipastikan ada pada setiap uniform sekolah.
  • Murid-murid mesti menjaga kebersihan dan perlatan di dalam tandas supaya tidak tersumbat


Ucapan Guru Besar : En Kamsani Bin Sahlan
Di antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:
  • Setiap murid wajib mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa.
  • Murid-murid yang menghadapi masalah di rumah boleh merujuk kepada kaunselor sekolah Pn Norhafiza binti Ismail.





KEPUTUSAN PERTANDINGAN KECERIAN DAN KEBERSIHAN KELAS

TAHUN 4 : KELAS 4 UIAM

TAHUN 5 : KELAS 5 USM


TAHUN 6 : KELAS 6 UM
Share:

MAKLUMAN : MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 KALI KE-7 2016


HARI         : SABTU
TARIKH    : 20 FEBRUARI 2016
MASA        : 8 PAGI
TEMPAT    : DEWAN TERBUKA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 7/2016 (SESI PAGI)



TARIKH : 15 FEBRUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. EN. EZOL FITRI BIN AHMAD MUNIRAN
  2. PN. SYARIFAH BINTI SULAIMAN
  3. PN. NORIZAN BINTI ISA
  4. CIK FARAH HANIS
  5. PN. NURHAFIZAH BINTI OTHMAN
TEMA : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, En.Ezol Fitri menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan Kebersihan dan Keceriaan sekolah. Antara kandungan yang disampaikan ialah :-
  • Setiap murid perlu peka dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
  • Murid-murid diingatkan bahawa ia merupakan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah.
  • Semua murid diminta bersama membantu pekerja sekolah dan guru-guru memelihara kebersihan dan keceriaan sekolah. 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pn Norlela Binti Hashim (PK Kurikulum) dan seterusnya merasmikan pelancaran Program 5S peringkat SK Taman Putra Perdana 2 dalam menjadikan sekolah sebagai kawasan yang lebih kondusif untuk tujuan pembelajaran.









Share:

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2016

Kepada Ibu Bapa/Penjaga 
Semua Murid Prasekolah , Tahun 1 hingga 6
SK Taman Putra Perdana 2

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan  bercuti  mulai  6  Februari 2016 Sabtu ) hingga 14 Februari 2016 ( Ahad ). Sekolah akan dibuka semula pada 15 Februari 2016 ( Isnin ) . Harap maklum, terima kasih.

*** Makluman tentang cuti tersebut juga telah dinyatakan dalam edaran BERITA sekolah melalui murid pada minggu lepas.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 5/2016 (SESI PAGI)

TARIKH : 02  FEBUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. EN. RAMDANI BIN HJ MOHD SUHUD
  2. CIK JAGJER KAUR A/P  GURMUKH SINGH
  3. CIK SITI MUSHRIFAH BINTI AHMAD KAMAL
  4. PN. FAUZIAH BINTI SALEHODDIN
  5. PN. RAHAYU BINTI GHANI
  6. PN. FAIZA FITRIA BINTI CHE MAT
  7. PN. MD SUHAIDI BIN MD SABAR


TEMA : BUDAYA CEMERLANG - KEMAHIRAN PELAJAR

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, En. Ramdani menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan tema budaya cemerlang. Antara kandungan yang disampaikan dalam kemahiran pelajar yang disediakan ialah :-
  • kemahiran maklumat dan komunikasi
  • kemahiran  berfikir dan menyelesaikan masalah
  • kemahiran interpesonal dan arah kendiri
ucapan mengenai 5 minit amat berharga...sekolah bebas dadah.

Ucapan GPK 1:
GPK 1, Pn. Norlela bt Hashim menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid. Antara  kandungan ucapan beliau ialah:-
        *  mengingatkan murid supaya jangan ponteng kelas.
        *  bagi murid yang terlibat dengan latihan sukan supaya sentiasa berada di tempat latihan dan jangan berlegar dikawasan sek.
        * terdapat aduan dari guru yang menyatakan ada pelajar tidak siap kerja sekolah dengan memberi alasan menyertai latihan sukan.
        * beliau juga mengingatkan jurulatih sukan sekolah agar ambil berat apa yang beliau  ucap sebentar tadi.



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts