JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN : HARI TEMU MURNI KALI PERTAMA TAHUN 6 2016


Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 12 (SESI PAGI)


TARIKH : 28 MAC 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. PN. FAUZIAH BINTI SALEHODDIN
  2. CIK JAGJER KAUR A/P  GURMUKH SINGH
  3. CIK SITI MUSHRIFAH BINTI AHMAD KAMAL
  4. EN. RAMDANI BIN HJ MOHD SUHUD
  5. PN. RAHAYU BINTI GHANI
  6. PN. FAIZA FITRIA BINTI CHE MAT
  7. PN. MD SUHAIDI BIN MD SABAR


TEMA :ADAB BERPAKAIAN

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, Pn. Fauziah menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan tema adab berpakaian. Antara kandungan yang disampaikan dalam kemahiran pelajar yang disediakan ialah :-
  • Fungsi pakaian- menutup aurat, menjaga kesihatan dan sebagai identiti seseorang.
  • Adab pakaian- pakaian bersih, menutup aurat, mendahulukan anggota badan sebelah kanan baru sebelah kiri, tidak menyerupai pakaian wanita bagi lelaki dan sebaliknya, pakaian tidak terlalu ketat dan sesuai dengan majlis yang dihadiri.
Majlis diteruskan dengan penyampaian token kebersihan dan keceriaan kelas.
  • terbersih : kelas 6UUM
  • kurang bersih : kelas 4USM

Ucapan GPK HEM:
GPK Hem En. Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim  menyampaikan dan membaca watikah perutusan Hari Anti DADAH Kebangsaan.

Penyampaian Hadiah oleh guru besar diiringi Pn. Norlela Hashim:
  • Puteri Aleesa (4Um) - Taekwondo:Johan.
  • Pertandingan merentas desa: Johan (kuning), Naib Johan(biru), Ketiga(hijau), Keempat(merah).
  • Pertandingan Majalah Educator bagi bulan Jan-Feb: Dayangku Nor Alina( 5UKM)

Ucapan Guru Besar:
Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan memberitahu bahawa kantin SKTPP2 telah terpilih untuk menyertai pertandingan keceriaan kantin Daerah Sepang. beliau meminta semua murid agar bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan kantin dan sentiasa mengikut peraturan yang disediakan.
beliau meminta supaya setiap kelas akan menerima sata meja di kantin dan bertanggungjawab untuk memastikan meja tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.

Penutup:
Barisan Guru Displin dan pengawas SKTPP2 menjalankan pemeriksaan ke atas  murid yang di ketuai oleh Ustaz Razis.
















.
Share:

WARNA WARNI PERSEDIAAN KE PERTANDINGAN KANTIN TERBAIK NEGERI SELANGOR

SK Taman Putra Perdana 2 telah terpilih bagi mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Kantin Terbaik Peringkat Negeri Selangor bagi kategori sekolah bandar. Persediaan telah dibuat dengan rapi yang telah disertai oleh para guru dan murid-murid SKTPP2.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kerja-kerja menaik taraf landskap persekitaran kantin, hiasan bermaklumat di meja, penanaman pokok-pokok herba dan memasang papan info elektronik dan papan kenyataan. Di samping itu juga aspek keceriaan, kebersihan dan penjagaan terus ditekankan terutama kepada murid-murid.

Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan idea dan kepakaran ibubapa/penjaga murid-murid SKTPP2 bersama-sama warga sekolah menjayakan usaha murni ini demi keselesaan dan kejayaan para pelajar semua.











Share:

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKANTARA

Kepada semua Ibubapa/Penjaga Murid SK Taman Putra Perdana 2:

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti sukantara dan Aktiviti Kokurikulum (Rabu) yang dirancang pada minggu ini ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk mengadakan aktiviti luar bilik darjah. Sekian terima kasih.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE - 11 (SESI PAGI)


TARIKH: 21 Mac 2016
MASA    : 7.30 PAGI - 8.30 PAGI
TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN

GURU BERTUGAS :
1. PN. SUZIANTI BINTI SUHAIMI (KETUA)
2. PN SALINA BINTI HASHIM
3. PN NORAZIAH BINTI ALI

4.PN SYAHIDA BINTI AHMAD
5. PN NORHAFIZA BINTI ISMAIL
6. PN WAN MARHAINI BT WAN MOHAMED
7. EN ZAWADI BIN ALI

TEMA : FENOMENA EL-NINO




UCAPAN GURU BERTUGAS

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sekolah, Negeri Selangor dan Malaysia Berjaya. Diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar Sekolah.

Seterusnya ucapan guru bertugas mingguan iaitu Puan Suzianti Binti Suhaimi  mengenai tema  Fenomena El-Nino. Antara kandungan yang disampaikan ialah kesan-kesan cuaca panas kepada diri dan cara-cara menjaga kesihatan diri semasa cuaca panas.


-Cuaca yang panas boleh mengakibatkan demam, batuk dan strok haba. Antara kesan-kesan strok haba ialah:
  • suhu badan naik 
  • lidah bengkak
  • sakit kepala
  • kulit kemerah-merahan
  • denyutan nadi kencang dari biasa
  • badan lesu dan kerap pengsan 
-Cara-cara penjagaan diri semasa cuaca panas 
  • banyakkan minum air kosong @ air isotonik
  • pakai topi atau payung semasa berjalan di bawah matahari.
  • pasang kipas dan 'aircond' untuk menyejukkan badan.
  • pakai pakaian yang ringan (tidak tebal dan berlapis-lapis)
  • berada di rumah, hadkan masa aktiviti di luar.
  • tidak duduk dalam kenderaan yang panas dan tertutup.
  • sapu losyen pada kulit yang sensetif  pada panas.







UCAPAN GURU BESAR

Program Penanaman Pokok Herba dan Sumbangan Pembinaan Surau SKTPP2

  • Guru Besar  telah memberi pokok-pokok herba  untuk dijaga oleh setiap kelas tahun 4 dan 5.
  • Program ini bermula pada hari ini 21 Mac 2016.
  • Melancarkan tabung kutipan sumbangan pembinaan surau SKTPP2. 
                                             











Share:

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Pertama Ujian UKM1 Tahun 2016



Ujian Saringan UKM1 secara atas talian bermula pada 1 Februari 2016 sehingga 31 Mei 2016 melalui laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini terbuka kepada semua murid yang berumur 8 hingga 15 tahun. 
Share:

LAWATAN PENANDA ARAS PIBG SK PULAU INDAH 2


Pada 10 Mac 2016 pihak PIBG dan sekolah telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari PIBG SK Pulau Indah 2 (SKPI2). Lawatan ini adalah bertujuan berkongsi pengalaman dan idea pelaksanaan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti PIBG yang telah dijayakan mahupun dalam perancangan.

Ketibaan seramai 12 orang yang terdiri daripada barisan AJK PIBG dan pentadbir SK Pulau Indah 2 disambut mesra oleh barisan AJK PIBG dan pentadbir SKTPP2. Lawatan ini diisi dengan sesi taklimat dan perbincangan serta perkongsian idea, lawatan ke bilik-bilik khas, penyampaian cenderahati, majlis menandatangani Sijil Kerjasama Pintar antara SKPI2 dan SKTPP2. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan.

Pihak sekolah dan PIBG SKTPP2 mengucapkan sekalung penghargaan diatas lawatan muhibbah ini. Semoga di atas program yang diadakan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat pada masa hadapan demi kecemerlangan murid-murid kita semua.

                         


                          


                          


                         


                                      


                         

                                       

                                       

                            











Share:

GERHANA MATAHARI SEPARA


Gerhana Matahari Separa telah berlaku pada hari ini bermula 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif mengatur program penerangan tentang Gerhana Matahari Separa. Murid-murid SKTPP2 didedahkan dengan kejadian Gerhana Matahari Separa ini. Program dimulakan dengan sesi penerangan kejadian dan hikmah serta pengajaran disebalik kejadian gerhana matahari separa ini dan diikuti dengan solat sunat gerhana matahari dan khutbah.

Sesi penerangan Kejadian Gerhana Matahari oleh Ustaz Mohd Razis bin Shainisi


Solat Sunat Gerhana Matahari dipimpin oleh Ustaz Mohd Razis bin Shainisi

                           

Guru-guru dan murid mengambil peluang melaksanakan solat sunat gerhana

                           



Khutbah Gerhana disampaikan oleh Ustaz Ramdani bin Mohd Suhud

                                               


                                   





Share:


PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10 
(SESI PETANG)

TARIKH: 7 MAC 2016
MASA : 6.10 – 6.40 ptg
TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN

GURU BERTUGAS :
1. PN. NUR ZAYYANIASIRAH
2. PN UMMI NAZIRAH
3. PN MARIAM
4. PN NOR ANIS

5. PN. MAHALETCHUMY
6. EN WAN ADLI

TEMA : ADAB BERINTERAKSI

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sekolah, Negeri Selangor dan Malaysia Berjaya. Diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar Sekolah.




Seterusnya ucapan guru bertugas mingguan iaitu Puan Nur Zayyaniasirah mengenai tema Adab Berinteraksi. Antara kandungan yang disampaikan ialah contoh adab berinteraksi dengan guru dan rakan:

1. Beri salam kepada guru.
2. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut.
3. Jangan menyampuk ketika guru bercakap.
4. Tidak meninggikan suara ketika bercakap.
5. Jangan ejek-ejek kawan.


Seterusnya pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas bagi Bulan Mac. Kelas terbersih mengikut tahun ialah:

Tahun 1 : 1 UPM
Tahun 2 : 2 UPM
Tahun 3 : 3 UM
  
Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada En. Kamarulizam Bin Ngah selaku guru disiplin. Antara pesanan beliau ialah:
  1.   Menjaga kebersihan dan persekitaran sekolah.
  2.   Jangan buang sampah merata-rata.
  3.   Peringatan naik turun tangga yang telah ditetapkan mengikut tahun.
  4.   Memberi peringatan terutama kepada murid lelaki agar tidak berambut panjang sehingga  mencecah kolar baju.


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts