JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

TAWARAN BARU UNTUK PERTANDINGAN PROGRAM " DENGUE PATROL" PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Pagi ini  24.05.2016, SKTPP2  tersenarai antara sekolah yang terpilih mewakili Negeri Selangor untuk Pertandingan Program Denggi Patrol  Peringkat Kebangsaan 2016. Mendengar taklimat untuk pertandingan di  SK Seksyen 7, Shah Alam.
Share:

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 25.05.2016 ( Rabu ). Semua murid sesi pagi dan sesi petang akan berada dalam satu sesi iaitu sesi pagi sahaja. Ini bermakna semua murid sesi petang , murid Tahun 1, murid Tahun 2 dan murid Tahun 3  diarahkan hadir di waktu pagi. Aktiviti bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.  Kepada yang ingin menghargai guru-guru , murid-murid diharapkan memberikan kad ucapan Hari Guru   atau  sebagainya.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (SESI PETANG)

TARIKH                    : 23 MEI 2016
MASA                       : 5.30 - 6.40 PETANG
TEMPAT                   : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
                                     1. PN. YUZAINISMAR BINTI YUSOFF
                                     2. PN. SAERAH BINTI REJELI
                                     3. EN. MOHD. SAZALI BIN ABD RANI
                                     4. PN. SURYANIE BINTI HAMZAH

TEMA                        : SEDIA HADAPI CABARAN (HIDUP SIHAT DAN CERGAS)


                                
UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS



INTIPATI UCAPAN :

1. HIDUP SIHAT  BERMAKSUD WUJUDNYA KESEIMBANGAN DARI SEGI JASMANI, 
    MENTAL,  SOSIAL DAN SPIRITUAL.
2. TERDAPAT BEBERAPA AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK
    MENGEKALKAN HIDUP YANG SIHAT DAN CERGAS. ANTARANYA :

    A.MINUM AIR YANG MENCUKUPI
    B.BERSENAM DAN BERIADAH
    C.MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG
    D.MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
    E.MENJALINKAN HUBUNGAN  SOSIAL YANG BAIK SESAMA RAKAN DAN JIRAN
    F.BERIBADAT

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR UNTUK MURID-MURID YANG LAHIR PADA BULAN MAC & APRIL 








PROSES UNDIAN BAGI PEMILIHAN GURU PENYAYANG SESI PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2016





PENYAMPAIAN TOKEN (BINTANG) UNTUK KELAS PALING BERSIH MENGIKUT ALIRAN BAGI MINGGU KE 2 & 3 MEI 2016



 
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (SESI PAGI)

TARIKH :23 MEI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.20 PAGI - 9.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :

1.       PN. NOR SHAHIDA BINTI IBRAHIM
2.       PN. ALIZA BINTI AHAD
3.       PN. NUR HAFIZAH BINTI OTHMAN
4.       PN. NORASLINDA BINTI AHMAD
5.       EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN
6.       EN. NOORHISHAM BIN MOHAMAD
 
TEMA : SEDIA HADAPI CABARAN ( HIDUP SIHAT DAN CERGAS )
 
                                           Ucapan Ketua Guru Bertugas


Ucapan Ketua Guru Bertugas
Ketua guru bertugas iaitu Pn. Nor Shahida bt Ibrahim memberi ucapan berkaitan tema pada minggu ini iaitu Hidup Sihat dan Cergas. Antara isi kandungan ucapan yang disampaikan ialah :-

Cara-cara menjaga kesihatan diri :
1) Pemakanan
     - makan makanan yang seimbang
     - banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
     - kurangkan makanan yang mengandungi lemak
     - kurangkan makan makanan ringan   
2) Bersenam
     -  contoh senaman yang boleh dilakukan ialah seperti berjogging, berjalan, berlari 
        dan sebagainya
     - perlu bersenam supaya badan sentiasa sihat dan cergas
3) Menjaga Kebersihan Diri
      - seperti mandi, menggosok gigi dan memakai pakaian yang bersih
Majlis Sambutan Hari Lahir
- Murid-murid yang lahir pada bulan Mac dan April diraikan bersama-sama 
  bersempena Program Guru Penyayang
 
 Sumbangan kek hari lahir untuk murid-murid yang lahir pada bulan Mac dan April


Sebahagian murid yang diraikan memotong kek hari lahir
 
 

Ucapan Guru Besar : En Kamsani Bin Sahlan

1) Antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:
  • Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin  dan sentiasa membersihkan meja yang telah ditetapkan untuk setiap kelas .
  • Murid-murid juga diingatkan supaya menjaga dan menyiram pokok yang telah diberi kepada semua kelas.
2) Pemilihan guru penyayang
  • Setiap murid diberi kertas
  • Murid-murid diminta menulis nama-nama guru yang menjadi pilihan sebagai guru penyayang di dalam kertas yang diberi.    

Murid-murid sedang menulis nama-nama guru

Disediakan oleh,
 
Nor Shahida binti Ibrahim







Share:

Golf Amal PIBG SKTPP2 untuk Dana membina surau di SKTPP2

Pada 22.5.2016  bertempat di Danau lake UKM  Bangi , PIBG SKTPP2  dengan kerjasama CGC  telah mengadakan  pertandingan golf amal bagi mengutip dana membina surau di SKTPP2. Dengan lebih kurang 95 peserta bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.30 petang, PIBG berjaya mengumpul dana sebanyak RM 19,550.00  Syabas  PIBG yang dipimpin oleh En.Idris Bin Husin.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-19 (SESI PETANG)

TARIKH :16 MEI 2016 (ISNIN)
MASA : 5.50 PETANG - 6.40 PETANG
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :

1.       CIK MAZLIYANA AMALINA BINTI MAZLIN
2.       PN. NORMAH BINTI SHAFIE
3.       PN. RASLINDA BINTI HASSAN
4.       PN. NOR AIN BINTI ANUAR
5.       PN. SULIA SYAZWANI BINTI MOHAMAD SANUSI
6.       EN. HAFIDZUDDIN BIN YAHYA

BACAAN PERUTUSAN HARI GURU 2016

TEMA: "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara oleh pengawas bertugas.



Cik Mazliyana Amalina sebagai Pengerusi Majlis mengalu-alukan semua guru dan murid ke perhimpunan pada hari ini. Antara isi ucapan beliau adalah tentang pengorbanan guru dan cara yang murid boleh lakukan untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik mereka. Majlis diteruskan dengan bacaan Perutusan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPPM) dan Menteri Pendidikan Malaysia.




Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPPM) oleh Pn. Siti Baizura binti Saarani.



Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan oleh PK Petang En. Farid Anwar bin Shaari.




Bacaan Ikrar Guru diketuai oleh En. Mohd Sazali bin Abd Rani. Ikrar ini dilafazkan oleh semua guru dengan penuh semangat di hadapan murid-murid.

Majlis bersurai pada jam 6.40 petang.
Share:

PENTAKSIRAN SUMATIF 2

TARIKH : 16 MEI 2016 - 23 MEI 2016

JADUAL TAHUN 1
JADUAL TAHUN 2 DAN 3
JADUAL TAHUN 4 DAN 5
JADUAL TAHUN 6

Share:

Klinik Didik UPSR Berita Harian 2016

Pada 7 hingga 8 Mei 2016, Klinik Didik UPSR Berita Harian yang dianjurkan oleh Sek. Keb. Taman Putra Perdana 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP 2 telah dilaksanakan dengan jayanya. Klinik Didik UPSR Berita Harian tersebut telah diadakan di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Klinik tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.45 petang. Pihak sekolah juga telah menjemput pihak Sek. Keb. Taman Putra Perdana 1 untuk menyertai klinik kali ini.

Peserta Klinik Didik UPSR Berita Harian dari SKTPP 2 adalah seramai 128 orang manakala peserta dari SKTPP 1 adalah seramai 52 orang, menjadikan keseluruhan peserta adalah sebanyak 180 orang.

Berikut adalah suasana sekitar klinik yang telah berlangsung selama 2 hari:








Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan Klinik Didik UPSR Berita Harian tahun 2016.

Semoga murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR dari SKTPP 2 tahun ini beroleh kejayaan.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 18 (SESI PAGI)

TARIKH :9 MEI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :

1.            PN. NORAZIAH BT. ALI
2.            PN. SALINA BT. HASHIM
3.            PN. SYAHIDA BT. AHMAD
4.            PN. SUZIANTI BT. SUHAIMI
5.            PN. WAN MARHAINI BT. WAN MOHAMAD
6.            PN. NORHAFIZA BT. ISMAIL
7.            EN. ZAWADI B. ALI

TEMA : MENJAUHI GEJALA SOSIAL (PONTENG, VENDALISME DAN BULI)

                                             Ucapan Ketua Guru Bertugas


Ucapan Ketua Guru Bertugas:


Ketua guru bertugas, Pn. Noraziah  menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan Tema Menjauhi Gejala Sosial(Ponteng, Vendalisme dan Buli). Antara kandungan yang disampaikan ialah :-

Ponteng
·          salah laku yang melanggar peraturan sekolah.
·         Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan, kegagalan menghadiri   sekolah dengan sengaja tanpa sebab-sebab yang dibenarkan.
·         Memberi kesan buruk seperti akan merugikan diri sendiri, ketinggalan dalam        pelajaran dan boleh diambil tindakan.
Vendalisme
·         Perbuatan merosakkan harta awam atau harta benda orang lain.
·         Contohnya:
     1. merosakkan kerusi dan meja sekolah
     2. menconteng dinding sekolah dan tandas sekolah
     3. merosakkan papan tanda
·         Kesan-kesan gejala vendalisme:
     1. kos yang tinggi untuk membaik pulih kerosakan
     2. boleh dikenakan hukuman



Buli

·         masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek,
       menumbuk dan sebagainya.
·         memberi kesan buruk kepada :
     1.  Mangsa - kemurungan, berasa takut, tidak mahu ke sekolah, emosi tidak stabil
     2.  Pembuli - boleh dibuang sekolah      

Slot 5 Minit Sekolah Bebas Dadah
Perkara yang ditekankan dalam slot ini ialah bahaya merokok kepada remaja:

·         Menyebabkan ketagihan
·         Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang beracun, 63 bahan kimia di 
       dalam sebatang rokok
·         Boleh terjebak dalampenyalahgunaaan dadah.
·         Membahayakan kesihatan diri dan orang disekeliling. Asap yang disedut orang                     sekeliling mengandungi 2 kali ganda nikotin, 3 kali ganda tar, 5 kali ganda 
       karbon monoksida, dan 50 kali ganda bahan kimia merbahaya.






Token kebersihan disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Azlimariah bt. Arifin

Keputusan Pertandingan Kelas Terbersih Mengikut Aliran 
Minggu ke 4 Bulan April
4 UUM
5 UTM
6 UUM

Minggu Pertama Bulan Mei
4 UUM
5 UM
6 UUM

                                     Pn. Siti Raudah menyampaikan ucapan

Ucapan oleh Puan Siti Raudah (Penyelaras Cafe Putra)
Di antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:

·         info tentang Cafe Putra (kantin SKTPP2).
·         bahan bacaan ada disediakan di Cafe Putra untuk bacaan murid-murid.
·          mengingatkan murid tentang Misi, Visi dan Motto Cafe Putra
·         tanggungjawab murid untuk memastikan kantin sentiasa bersih.
·          Cafe Putra adalah Johan Kantin Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2016

Penyampaian Hadiah Pameran Kelab Doktor Muda Daerah Sepang 2016

                          Para pemenang bersama PK 1 dan Guru Penasihat

                                         Guru besar menyampaian ucapan

Ucapan Guru Besar : En Kamsani Bin Sahlan
Di antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:

·         memperkenalkan guru baharu SKTPP2, iaitu En. Yusuf bin Ali Ismail

·          10 Mei akan diadakan penggambaran untuk pertandingan kantin terbaik peringkat kebangsaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
·          mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan Cafe Putra.


                                          
Disediakan oleh,
Noraziah binti Ali

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts