JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

Dijemput semua ibubapa/penjaga dan murid-murid SKTPP2 ke Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UPSR 2016.

Tarikh : 1 September 2016
Hari : Khamis
Masa : 7.15 mlm
Tempat : Masjid Taman Putra Perdana
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-32 (SESI PAGI)


LAPORAN PERHIMPUNAN

Minggu ini merupakan minggu ke-32 sesi persekolahan 2016. Perhimpunan dikendalikan oleh pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan. Perhimpunan dimulai dengan nyanyian;

  1. Lagu Negaraku
  2. Lagu Negeri Selangor
  3. Lagu Sekolah
  4. Lagu Malaysia Berjaya
Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara, ikrar murid.

                                                    Ucapan Guru Bertugas
Guru Bertugas pada minggu ini adalah:
  1. PN. SYAHIDA BINTI AHMAD
  2. PN. SALINA BINTI HASHIM
  3. PN. SUZIANTI BINTI SUHAIMI
  4. PN. NORAZIAH BINTI ALI
  5. PN. WAN MARHAINI BINTI WAN MUHAMMAD
  6. PN. NOOR HAFIZAH BINTI CHE ABDUL RAHMAN
  7. EN. ZAWADI BIN ALI
Tema pada minggu ini : SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN

Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu ke-4 bulan Ogos

                                                  Tahun 4: kelas 4 USM

                                                  Tahun 5: kelas 5 USM

                                                  Tahun 6: kelas 6 UUM

Ucapan dari Puan Norlela binti Hashim (PK Kurikulum)
  1. Semua murid diminta menjaga kesihatan memandangkan cuaca yang tidak begitu sihat pada masa kini.
  2. Murid tahun 6 diingatkan mengenai Ujian Aptitud yang akan diadakan pada 30 Ogos 2016 (Selasa) agar membawa alat tulis.
  3. Murid tahun 6 diingatkan supaya menjaga diri pada cuti Hari Kebangsaan 31 Ogos 2016 (Rabu) agar tidak tercedera dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
  4. Murid tahun 6 juga dinasihatkan supaya sentiasa tumpukan perhatian terhadap maklumat-   maklumat penting yang diberikan oleh guru disaat-saat akhir ini.
  5. Mereka juga dinasihatkan supaya sentiasa menghormati guru dalam mendapatkan keberkatan.
  6. Murid tahun 6 perlu sentiasa mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
  7. Murid tahun 5 juga dinasihatkan agar membuat persediaan dalam menghadapi Pentaksiran Sumatif 3.








Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE 32 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN

Perhimpunan dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan (jerebu).

Berikut merupakan guru-guru yang bertugas pada minggu ini:

1) Puan Mufidah Zafirah
2) Puan Surina
3) Encik Mohd Sharizam
4) Puan Asniza
5) Puan Suriani
6) Puan Nurul Marshida

Tema pada minggu ini ialah Malaysia Negaraku- Sistem Pemerintahan Kerajaan. Terdapat dua konsep penting sistem pemerintahan Malaysia iaitu:
1) Demokrasi Berparlimen
2) Raja Berperlembagaan

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang diperuntukkan Perlembagaan.

Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE 31 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN

Minggu ini ialah minggu ke 31 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian  empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Aktiviti diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.

Guru yang bertugas pada minggu ini ialah:

1)  PUAN UMMI NAZRAH BINTI IBRAHIM 
2)  PUAN NUR ZAYYANIASIRAH BINTI ZAMRI 
3)  PUAN NOR ANIS BINTI SUHAIMI
4)  PUAN MAHALETCHUMY A/P PERUMAL
5)  EN WAN ADLI BIN WAN DERAMAN

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan ketua  guru bertugas iaitu Pn Ummi Nazrah Binti Ibrahim. Tema pada minggu ini ialah Identiti Negara.Guru Bertugas telah menerangkan maksud Identiti Negara dan telah memfokuskan kepada beberapa aspek mengenai Identiti Negara, antaranya ialah:

·         Bendera Negara
·         Lagu Kebangsaan
·         Bunga Kebangsaan
·         Rukun Negara

Ucapan guru bertugas

Seterusnya guru bertugas mengumumkan pemenang pertandingan kelas terbersih bagi minggu ke 2 dan minggu ke 3 bulan Ogos. Bagi minggu kedua, kelas terbersih bagi tahun 1 dimenangi oleh tahun 1 UITM, Tahun 2 dimenangi oleh kelas 2 UM dan tahun 3 dimenangi oleh kelas 3 UUM. Manakala bagi minggu ketiga, untuk tahun 1 dimenangi oleh kelas 1 UUM, tahun 2 dimenangi oleh kelas 2 UTM dan tahun 3 kelas terbersih dimenangi oleh kelas 3 USM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang memenangi kelas terbersih.








  
Akhir sekali, perhimpunan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Petang iaitu En Farid Anuar Bin Shaari . Beliau memaklumkan kepada murid tentang kes ponteng sekolah/kelas. Tindakan yang tegas akan diambil sekiranya kejadian itu berulang lagi. Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya tidak berlari dan sentiasa berhati-hati semasa turun dan naik tangga.

Ucapan Tn Penolong Kanan Petang

 Perhimpunan berakhir pada pukul 6.40 petang.


Share:

JADUAL PERSEKOLAHAN SEBELUM DAN SELEPAS UPSR 2016



Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN – MINGGU KE 31 (SESI PAGI)

Perhimpunan minggu ke 31 ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Guru Bertugas pada minggu ini adalah :

1.       PUAN IZZATUL HUSNA BINTI MAT NOH
2.       PUAN NADHRAH BINTI AB SATAR
3.       PUAN SHARULNIZA BINTI AB AJIS
4.       PUAN NOR AISYAH BINTI ZULKIFLI
5.       PUAN NUR SYAFRIDA BINTI IBRAHIM
6.       CIK MARGARET ANN
7.       ENCIK AHMAD ZAKI BIN TAMSIR

Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan guru bertugas, PUAN IZZATUL HUSNA BINTI MAT NOH yang menyentuh topik “Identiti Negara”. Ucapan ini menekankan 6 identiti negara iaitu
·         Rukun Negara
·         Lagu “Negaraku”
·         Jata Negara
·         Jalur Gemilang
·         Bahasa Kebangsaan
·         Bunga Kebangsaan

Ucapan guru bertugas


Seterusnya, penyampaian token kelas terbersih bagi minggu ke 2 bulan Ogos diumumkan. Puan Norlela dengan berbesar hati meyampaikan hadiah kepada wakil setiap kelas yang memenangi acara tersebut.
Penerima Token Kebersihan Minggu ke 2 Bulan Ogos 2016


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada salah seorang murid sekolah ini iaitu Puteri Aleesa Adryana (4UM), yang menyertai Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 19 hingga 21 Ogos 2016. Beliau telah ditabalkan sebagai Johan Reamaja Kebangsaan dalam acara ini. Sekalung tahniah daripada pihak SKTPP 2.

Puteri Aleesa Adryana (4UM)
Johan Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan 2016

Share:

JOM KE ROADSHOW DENGUE PATROL DI MYDIN MALL USJ


Dijemput semua Ibubapa,pelajar dan ahli komuniti Taman Putra Perdana menyertai Roadshow Dengue Patrol SKTPP2 di Mydin Mall USJ. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana. Marilah kita nyatakan sokongan kepada SKTPP2 dalam misi menjuarai Pertandingan Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan. Terima kasih di atas sokongan anda semua.
Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE 30 (SESI PAGI)

Perhimpunan minggu ke 30 ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Guru Bertugas pada minggu ini adalah :


  1. CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN
  2. PUAN NORAINI BINTI YUSOFF
  3. PUAN NASIBAH BINTI MD YUSOFF
  4. EN MOHD NORIZI BIN MOHAMED
  5. PUAN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN 
  6. PUAN NORHAFIZAN BINTI CHE ABDUL RAHMAN
  7. PUAN MAZILAH BINTI JAMALUDIN
  8. CIK FELICIA GATUN


Ketua guru bertugas minggu ke 30

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas Cik Nor Sa'adah binti Sabidin. Tema minggu ini ialah Kepentingan Semangat Patriotik. Antara kandungan yang telah disampaikan oleh ketua guru bertugas adalah: 

  1. Memupuk dan mengamalkan semangat cintakan negara. 
  2. Mengetahui sejarah dan perkara-perkara penting yang berkaiatan Negara 
  3. Mengenali Tokoh-tokoh tempatan yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
  4. Memupuk kerjasama dan perpaduan kaum.
  5. Berusaha menaikkan imej negara.
Seterusnya, guru bertugas mengumumkan pemenang pertandingan kelas tebersih. Aktiviti perhimupnan juga diteruskan  dengan persembahan Lagu Tema Patrol Denggi SKTPP2. 

kelas terbersih Tahun 5 ( 5 UM)

Kelas terbersih Tahun 6 (6  USM)

Kelas terbersih Tahun 4 ( 4 UTM)



Persembahan Lagu Tema Patrol Denggi SKTPP2
                                                 

Perhimpunan diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan. Ucapan perasmian disampaikan oleh Penolong Kanan Kurikulum, Puan Norlela binti Hashim. 


Ucapan Perasmian Bulan Kebangsaan 2016


Gimik Perasmian



Perhimpunan diakhiri dengan persembahan-persembahan murid dan nyayian lagu-lagu kebangsaan oleh semua guru dan murid.



Persembahan deklamasi sajak oleh murid Pra Sekolah

Persembahan dari murid-murid Tahun 5

Murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang

Nyanyian Lagu Patriotik

Nyanyian lagu Patriotik


Share:

Solat Hajat & Bacaan Yasin Sempena Misi Gempur Denggi

Dengue Patrol SK Taman Putra Perdana 2 telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bersempena Misi Gempur Denggi. Majlis ini disertai semua murid mengikut sesi. Murid sesi pagi memulakan majlis dengan bacaan Surah Yassin dan Solat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Razis bin Shainisi. Bagi sesi petang Ustaz Wan Adli Bin Wan Derahman memimpin bacaan Yasin. Antara lain majlis ini dianjurkan bagi munajat memohon agar warga sekolah dan kawasan sekitar dijauhi dari wabak denggi.












Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN-MINGGU KE 29 (SESI PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN
Minggu ini ialah minggu ke-29 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya.

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. PN.MURNEI BINTI AHMAD
2. PN.NURHIDAYAHNI BINTI JASNI
3.  PN.SITI RAUDHAH BINTI HAMID
4. EN.ROSMADI BIN ABD.MANAF
5. PN.LEE SAW MEI
6. PN.NORSHAHIZA BINTI GHAZALI

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan   guru bertugas mingguan iaitu Ustazah Murni binti  Ahmad.Tema minggu ini ialah  Kebudayaan Di Malaysia.Guru bertugas menyentuh tentang beberapa aspek :
1)Kaum di Malaysia
2)Makanan Rakyat Malaysia
3)Pakaian dan Adat resam rakyat Malaysia
4)Alat Tradisional rakyat  Malaysia

Kelas Terbersih 6 UUM
Kelas Terbersih Tahun 4 UUM
Ucapan Pn Norlela Bt Hashim
Ucapan Guru Bertugas - Ustzah Murnie Ahmad
Pencapaian 6A Percubaan UPSR
Pencapaian 6A Percubaan UPSR
Johan 4x100 Terbuka Kejohanan Sukan SJKC Sin Min
Konduktor Terbaik Pertandingan Choral Speaking Daerah Sepang
Naib Johan Pertandingan Choral Speaking Daerah Sepang

Share:

PERTANDINGAN ACTION SONG PERINGKAT DAERAH SEPANG 2016

Pada 28 Julai 2016 (Khamis) SKTPP 2 telah menghantar wakil bagi pertandingan Action Song yang diadakan di SJK (C) Sin Ming. Pihak sekolah telah diwakili oleh 14 orang murid tahun 3. Seramai tiga orang guru pengiring terlibat bagi menghantar dan mengiringi murid ke pertandingan tersebut.

Pasukan Action Song SKTPP 2 telah mendapat sagu hati pada pertandingan tersebut. Tahniah anak-anak SKTPP 2 kerana telah berani menyahut cabaran seawal umur 9 tahun. Murid-murid telah banyak mendapat pendedahan daripada aktiviti ini.


Wajah ceria murid-murid sementara menunggu giliran persembahan.



Murid-murid mengisi masa lapang dengan tabiat membaca.


Penolong Kanan kokurikulum bersama guru dari SKTPP 1.

Guru-guru pengiring dan para peserta bergambar bersama pegawai dari PPD daerah Sepang, En. Halim dan pentadbir sekolah SJK (c) Sin Ming. 

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts