JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

INFO TERKINI TERUS KE TELEFON PINTAR ANDA


Share:

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN ( MINGGU KE 4 SESI PAGI )

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN ( MINGGU KE 4 SESI PAGI -23.1.2017 - 25.1.2017)

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku'. Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya , bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Seterusnya ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Rahayu binti Ghani. Guru bertugas memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggi ini. Tema pada minggu ini adalah pengurusan diri - disiplin diri. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa patuh, taat pada waktu persekolahan serta peraturan sekolah kerana ianya mencerminkan seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada guru disiplin Ust. Mohd Razis bin Shainisi. Beliau mengingatkan semua  murid mesti menjaga keselamatan basikal masing-masing dengan memastikan basikal sentiasa dikunci serta
mempunyai brek yang baik.
Guru bertugas pada minggu ini ialah :
1. Pn. Rahayu binti Ghani
2. Pn. Noraziah binti Ali
3. Pn. Wan Marhaini binti Wan Muhammad
4. Pn. Siti Nora binti Mohamed Ahyar
5. Pn. Nur Aisyah binti Zulkifli
6. Pn. Noraslinda binti Ahmad
7. En. Md Suhaidi binti Md Sabar




Perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian  watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pengawas Sekolah 2017
Acara kemuncak diumumkan ketua dan penolong pengawas sesi 2017. Tahniah kepada semua yang dilantik dan dapat menjalankan tugas dengan amanah.

Akhir sekali ucapan daripada guru besar Encik Zanuddin bin Sanuan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pengawas yang dilantik dan dapat jalankan tugas dengan penuh dedikasi. Sijil Watikah dapat disimpan dengan baik untuk kegunaan pada masa hadapan.

Perhimpanan pagi ditamatkan pada pukul 8.30 pagi.
Share:

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1438H

Tarikh : 13 Januari 2017
Hari : Jumaat
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP2

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai Oleh ustaz Rosmadi bin Abd Manaf. Seterusnya semua murid dan guru  bersama-sama mengalunkan selawat Sebagai tanda mengingati Rasulullah saw. Majlis kemudiannya diteruskan dengan menjemput ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi selaku penceramah untuk menyampaikan ceramah. Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi.

SUASANA SEKITAR MAJLIS









Share:

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2017


Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 untuk bersama-sama dalam Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru Tahun 6 seperti ketetapan di atas. Semoga dengan kehadiran dan keprihatinan tuan puan menjamin kecemerlangan murid-murid. Terima kasih.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (MINGGU KE 2)

09 hingga 13 Januari 2017

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu dan bacaan doa. Seterusnya ucapan dari guru bertugas mingguan iaitu Pn. Norshahiza bt Razali. Guru bertugas memperkenalkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini ialah pengurusan diri - pengurusan masa. Murid-murid diingatkan supaya bijak menguruskan masa terutama waktu hadir ke sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Guru Pengawas dan Penolong Kanan HEM.

Ucapan dari guru bertugas
 Guru bertugas pada minggu ini :
1. Pn. Norshahiza bt Razali (K)
2. En. Mohd Norizi bin Mohammed
3. Pn. Aliza bt Ahad
4. Pn. Nadhrah bt Ab Satar
5. Pn. Fauziah bt Salehoddin
6. Pn. Siti Raudhah bt Hamid
7. Pn. Nurhidayahni bt Jasni


Ucapan dari Guru Pengawas

Ucapan dari Penolong Kanan HEM

 Perhimpunan ditamatkan pada pukul 8.00 pagi


Share:

Jadual Waktu Kelas Sesi Persekolahan 2017

Makluman kepada murid-murid dan Ibubapa boleh mendapatkan salinan jadual waktu kelas di pautan 'JADUAL KELAS' di blog ini. Terima Kasih.
Share:

SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA

Sesi baru bermula dengan para pelajar Tahun 4,5 dan 6 memulakan sesi pembelajaran pada pagi ini. Sesi dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Di dalam perhimpunan ini guru bertugas mengalu-alukan kehadiran para pelajar terutama pelajar Tahun 4 yang mula berada di sesi pagi. Guru bertugas menyampaikan maklumat dan panduan penting kepada para pelajar. Selain itu Guru Besar baru SKTPP2 En Zanuddin bin Sanuan menyampaikan ucapan dengan menyatakan harapan dan nasihat kepada para pelajar demi meneruskan kecemerlangan SKTPP2 dalam pelbagai bidang di peringkat daerah, negeri mahupun negara.



Ucapan Guru Bertugas

Ucapan Tuan Guru Besar, En Zanuddin bin Sanuan
Senarai Guru Bertugas Minggu 1:
1.En Rosmadi
2.Pn Faiza Fitria
3. Pn Mahaletchumy
4.Pn Mazilah
5.Pn Lee Sau Mei
PERHIMPUNAN SESI PETANG

Perhimpunan sesi petang bermula pada pukul 6.10 petang. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah serta doa dan ikrar. Guru bertugas menyampaikan ucapan dengan tema Pengurusan Diri-Penampilan Diri. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Guru Disiplin sesi petang Ustaz Kamarulizam bin Ngah. Perhimpunan berakhir pada pukul 6.40 petang





Senarai Guru Bertugas Minggu 1:
1.Pn Siti Baizura
2.En Sazali
3.Pn Atiqah
4.Pn Mufidah
5.Pn Nurul Marshida
Share:

Amalan Guru Penyayang

Menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya Amalan Guru Penyayang diterapkan di semua sekolah di Malaysia, berbekalkan semangat tersebut, kami warga SK Taman Putra Perdana 2 seawal jam 6.30 pagi telah menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar utama. Dengan bantuan Pengawal Keselamatan, Puan Zabedah dan Encik Kasmani yang banyak membantu memberi penerangan kepada ibu bapa dan menjaga keadaan lalulintas yang agak sibuk pada waktu itu.

Semangat yang membara untuk memulakan sesi persekolahan baharu untuk sesi 2017 bukan sahaja dirasai oleh murid-murid, malah guru-guru juga berasa teruja untuk menyambut kehadiran murid-murid di sekolah pagi ini. Pihak sekolah sangat berharap agar semangat ini akan terus berkobar sehingga ke penghujung sesi persekolahan 2017 kelak. 

Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan sepanjang hari ini:


Seawal jam 6.30 pagi, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah



Keterujaan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah 

Dengan bantuan cahaya lampu, menyambut kehadiran murid dengan senyuman yang tidak lekang di wajah
Huluran tangan disambut dengan penuh kasih sayang 
Barisan guru penyayang ditemani oleh Tuan Guru Besar yang baharu sahaja berpindah ke SKTTP 2, En Zanuddin bin Sanuan







Guru-guru sesi petang juga bersama-sama menghantar kepulangan murid di pintu pagar utama

Pemantauan hari pertama persekolahan oleh Encik Nazri dari JNJK.

Terima kasih atas kerjasama semua guru dalam merealisasikan matlamat dan komitmen sekolah untuk mewujudkan guru dan sekolah yang penyayang. TAHNIAH diucapkan kepada semua.




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts