JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Latihan Pengungsian Bangunan dan Memadam Kebakaran

Sekalung Penghargaan kepada Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana sekolah kerana berjaya menganjurkan sesi latihan Pengungsian Bangunan dan Memadam Kebakaran.

Matlamat utama sesi latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan tatacara dan tindakan yang tepat harus diambil sekiranya terjadinya kebakaran. Semoga pengalaman ini menjadi pedoman kepada semua dalam menghadapi saat-saat yang tidak diduga.

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-12 (SESI PAGI)

Perhimpunan pada pagi Isnin, 27 Mac 2017 dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, ikrar rukunegara dan ikrar murid.

Seterusnya, ucapan guru bertugas disampaikan oleh Puan Nur Leen binti Ismail selaku ketua guru bertugas bagi minggu ini. Dalam ucapannya, murid-murid diingatkan untuk terus meningkatkan usaha, azam dan semangat meneruskan sesi pembelajaran setelah seminggu bercuti. Selain itu, murid-murid diterapkan dengan adab berpakaian. Antaranya, berpakaian dengan tujuan untuk menutup aurat,memulakan dengan anggota badan  yang kanan apabila memakai baju dan sebaliknya dahulukan anggota badan yang kiri apabila melepaskan pakaian. Adab seterusnya adalah memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas sesuai dengan majlis yang dihadiri dan yang paling penting disertakan dengan doa ketika berpakaian.

Majlis diteruskan dengan penyampaian token kepada kelas terbersih. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Puan Norlela binti Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Dalam ucapannya, Puan Norlela mengingatkan murid-murid untuk memakai pakaian lengkap sekolah beserta tali leher bagi lelaki, bertanda nama, berkasut bersih dan bertudung bagi murid perempuan muslim. Murid-murid juga diingatkan untuk belajar dengan lebih gigih untuk kecemerlangan akademik masing-masing.

Guru bertugas bagi minggu ini ialah:
1. Pn. Nur Leen binti Ismail.
2. Pn. Salina binti Hashim.
3. Cik Nor Sa'adah binti Sabidin.
4.Cik Farah Hanis binti Ramli.
5. Pn. Noraini binti Yusoff.
6. Pn. Nurul Amira Hidayah binti Abu Bakar.
7. En. Ahmad Zaki bin Tamsir.




Share:

Bengkel SKPMg2 Peringkat SKTPP2

Pada 27 Mac 2017 bertempat di Bilik Komputer 2 SKTPP2 guru-guru telah diberi penerangan tentang SKPMg2. Sesi penerangan ini telah disampaikan oleh Pn Norlela bt Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran.












Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG MINGGU KE-11 (13 MAC 2017)

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Ummi Nazrah bt Ibrahim. Beliau memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : "Adab-adab makan”. 

Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Ummi Nazrah binti Ibrahim
2. Pn. Noraini binti Baharom
3. En. Ahmad Ridzuan bin Ismail
4. Pn. Sulia Syazwani binti Mohamad Sanusi
5. Pn. Nor Anis binti Suhaimi



Ucapan Guru Bertugas :


Guru bertugas mengulas tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum kepada murid-murid.

Adab sebelum makan dan minum
1. Hendaklah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum makan
2. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat 

Adab semasa makan dan minum
1. Duduk semasa makan
2. Membaca doa sebelum makan
3. Makan menggunakan tangan kanan
4. Makan dengan tertib dan tidak gelojoh
5. Tidak bercakap semasa makan

Adab selepas makan dan minum
1. Membaca doa selepas makan
2. Membersihkan tempat makan
3. Mencuci tangan dengan bersih 
4. Mengucapkan syukur kepada Allah SWT


Penyampaian Token untuk Kelas Terbersih Minggu ke-10:

Keputusan kelas terbersih:

Tahun 1 : 1 UTM
Tahun 2 : 2 UKM
Tahun 3 : 3 UM


Ucapan GPK Petang : En. Farid Anwar bin Shaari

Encik Farid Anwar bin Shaari selaku Guru Penolong Kanan Petang mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid dari kelas yang memenangi pertandingan kelas terbersih pada minggu lepas. Seterusnya beliau mengingatkan murid-murid tentang Pentaksiran Sumatif satu (1) yang akan berlangsung pada 14/01/2017 iaitu pada hari selasa. Beliau juga mengingatkan agar murid-murid bersedia dengan ujian pentaksiran tersebut. 

Selain itu, En. Farid juga menekankan agar murid mengamalkan sikap disipin yang tinggi semasa di sekolah, termasuklah datang awal ke sekolah, memakai pakaian seragam yang lengkap, tidak membuat bising dan mematuhi setiap peraturan-peraturan sekolah. 

Disamping itu, beliau juga mengingatkan murid agar sentiasa berhati-berhati dan menjaga keselamatan diri sepanjang masa ketika cuti sekolah berlangsung. Sebagai contoh, Kes murid-murid yang dilanggar di Johor sebelum ini patut dijadikan iktibar kepada semua murid agar sentiasa berhati-hati di mana jua dan tidak menggunakan basikal yang ada untuk berlumba-lumba sehingga boleh mendedahkan  diri kepada bahaya. Begitu juga ketika hendak mandi di kolam, murid turut dinasihatkan agar sentiasa mandi bersama-sama dengan keluarga dalam lingkungan jarak yang dekat bagi mengelakkan dari perkara yang tidak diingini.

Perhimpunan di tangguhkan pada pukul 6.40 petang. 


Di sediakan oleh, 
Ummi Nazrah binti Ibrahim



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts