JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Amalan Guru Penyayang

Sambutan Hari Lahir

Bersandarkan kepada Amalan Guru Penyayang yang perlu diterapkan di kalangan warga sekolah, maka satu sambutan hari lahir telah diadakan untuk murid-murid yang lahir sepanjang bulan Januari dan Februari. Walaupun agak ketara jarak sambutannya, bak kata orang puteh " better late than never".  Ini kerana, sambutan yang diadakan ini memerlukan dana dan kutipan dari guru-guru SK Taman Putra Perdana serta sokongan dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Besarlah harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat turut sama untuk menyumbang dari segi kewangan atau dalam bentuk kek dan goodies bag untuk sambutan yang akan datang. 

Sambutan kedua untuk murid-murid yang lahir sekitar bulan Mac dan April dijangka akan diadakan pada 11 Ogos 2017. Ibu bapa bolehlah mula merancang sekiranya ingin memberikan sumbangan sempena sambutan hari lahir anak-anak kesayangan kita kelak. 

Bersama ini disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sambutan hari lahir untuk semua murid yang dilahirkan sepanjang bulan Januari dan Februari bagi sesi pagi dan petang.


Sambutan untuk murid-murid sesi petang

Hadiah yang diberikan kepada semua murid

Sambutan hari lahir untuk murid-murid sesi pagi

Kek dan air mineral yang disumbangkan oleh PIBG dan guru-guru SKTPP2

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

Share:

The FrogPlay Championship

Frog VLE SKTPP2 menganjurkan The FrogPlay Championship peringkat sekolah. Semua murid digalakkan menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini berkonsepkan ulangkaji,main dan menang. Hadiah menarik bakal dimenangi murid yang menjuarai pertandingan ini.

Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 26

Laporan bertugas minggu ke 26 (Sesi pagi)

Majlis perhimpunan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Aku Negaraku seterusnya  bacaan doa dan  ikrar.Guru yang bertugas pada minggu ini terdiri dari :

1. Ustazah Salina bt Hashim
2. Ustazah Nor Saadah bt Sabidin
3. Cik Farah Hanis bt Ramli
4. Pn. Nurul Hidayah bt Abu Bakar
5. En Ahmad Zaki bin Tamsir
6. Pn Nurleen bt Ismail
7. Pn Noraini bt Yusoff (Cuti Bersalin)

Tema : Budaya Cemerlang - Daya Saing

Guru menerangkan tentang maksud daya saing yang membawa erti persaingan yang sihat diantara satu sama lain harus ada pada setiap individu sekiranya ingin maju kehadapan. Daya saing yang baik seperti didalam kelas murid bersaing dalam memperolehi keputusan yang baik.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Minggu Panitia Bahasa Malaysia oleh Cikgu Norizi

Majlis diteruskan dengan penyampaian kelas terbersih dan kurang bersih.
Murid mengucapkan terima kasih .

Penyampaian hadiah kepada murid Prasekolah

Ucapan Guru Bertugas

Murid bergambar bersama PK Pentadbiran Pn. Norlela bt Hashim

Tahniah buat murid-murid yang berjaya

Share:

LATIH TUBI & KUIZ DI FROGPLAY

Frog VLE SKTPP2 telah menyediakan satu laman yang menempatkan semua set ulangkaji bagi memudahkan para pelajar. Ibubapa/penjaga disarankan membantu anak-anak mengulangkaji melalui laman frog vle SKTPP2 di alamat: https://bba9228.1bestarinet.net .Semoga medium ini dapat membantu anak-anak yang kurang gemar mengulangkaji di buku-buku latihan atau kertas.

Share:

Program Lawatan Kerjaya Adiwira Kidzania

Tarikh Lawatan:11 & 12 Julai 2017
Hari: Selasa & Rabu

Menyokong usaha Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam Projek Kerjaya Adiwira Kidzania, seramai 120 orang murid Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, SK Taman Putra Perdana 2 telah menyertai lawatan kerjaya ke Kidzania Kuala Lumpur diiringi oleh 12 orang guru pengiring. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai alam kerjaya sebenar dan menarik minat mereka terhadap sesuatu pekerjaan. Di samping itu, peluang ini memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih tekun untuk mencapai apa yang dihajati pada masa akan datang.

    Terdapat pelbagai maklumat mengenai jenis kerjaya yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut. Pihak Kidzania sendiri telah menyediakan lebih kurang 67 jenis pekerjaan dalam pelbagai bidang dan sektor. Keterujaan murid melaksanakan setiap jenis pekerjaan yang diceburi jelas terpancar dari raut wajah masing-masing melalui gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh guru-guru pengiring. 

Berikut merupakan momen-momen menarik yang sempat dirakamkan di Kidzania.






Antara peserta yang terlibat dalam Lawatan Adiwira Kidzania
Menerima arahan dan melaksanakan tugasan yang diberi mengikut modul yang disediakan

KidZania Kuala Lumpur: kidzania $
Mata wang kidzos yang digunakan untuk segala aktiviti di dalam Kidzania



Keriangan yang jelas terpancar semasa menjalankan pelbagai aktiviti


Share:

Laporan perhimpunan mingguan sesi pagi

Minggu 25 (10 julai 2017)
Assalamualaikum.
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah

Ucapan guru bertugas

Ketua guru bertugas Ustazah Nor Aisyah  mengalu-alukan kedatangan murid setelah sekian lama perhimpunan tergendala serta menyenaraikan senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Nor Aisyah
2. Rahayu
3. Wan Marhaini
4. Noraslinda
5. Noraziah
6.Siti Nora
7.Md Suhaidi
Sekiranya murid ada masalah boleh berjumpa dengan guru-guru bertugas.

Guru bertugas menyampaikan ucapan berdasarkan tema minggu ini iaitu "kemahiran belajar" dan memberikan tips-tips untuk murid supaya dapat memperoleh pembelajaran yang berkesan. Ciri-ciri kemahiran belajar ialah :
1.Disiplin diri
2.Kemahiran mendengar
3.Kemahiran membaca
4.Kemahiran mencatat nota
5.Kemahiran mengingati

Untuk program 5 minit dadah, guru bertugas menyampaikan tajuk Alkohol. Guru menerangkan definisi, jenis, keburukan dan kesan daripada mengamalkan alkohol. 

Seterusnya, guru bertugas memberitahu beberapa makluman kepada murid-murid :
1.Bermula minggu hadapan, murid akan menyanyikan lagu patriotik yang baru iaitu (Aku Negaraku) bagi menggantikan lagu Malaysia Berjaya.
2.Perjumpaan Kokurikulum minggu ini berjalan seperti biasa 
unit : kelab persatuan dan sukan permainan (Pengecualian bagi tahun 6 kerana memberi laluan kepada peperiksaan percubaan sekolah Agama).




seterusnya, guru bertugas menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan token kebersihan dan keceriaan kelas.




Penutup

Dengan selesainya pembahagian token kebersihan dan keceriaan, maka berakhirlah perhimpunan pada pagi ini. Murid-murid di arahkan supaya beratur untuk kembali ke kelas masing-masing.
Share:
Laporan perhimpunan mingguan sesi petang
Minggu 24 (3 julai2017)
Assalamualaikum..
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar.

Ucapan guru bertugas

Ketua guru bertugas Ustaz Wan Adli mengalu-alukan kedatangan murid selepas menyambut perayaan Eidul Fitri Al-mubarak serta menyenaraikan senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Wan adli
2. Salmizi
3. Narimah
4. Nor ain
5. Nur rahayu
Sekiranya murid ada masalah boleh memberitahu guru bertugas.

Ucapan PK Petang

Puan Fauziah mengucapkan syabas dan tahniah dengan kedatangan murid pada hari ini dan juga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua. Puan fauziah juga memberi peringatan kepada murid supaya mematuhi peraturan sekolah.

Penutup

Dengan ucapan dari Pk Petang itu maka berakhirlah perhimpunan pada petang ini. Murid-murid di arahkan supaya beratur untuk pulang ke rumah.



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts