JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 30 (SESI PETANG)

Minggu 30
( 21 Ogos 2017 - 25 Ogos 2017)

         Perhimpunan rasmi Isnin, 21 Ogos 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Wakil guru bertugas, Cikgu Muhammad Salmizi bin Salim mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. En. Muhammad Salmizi (Ketua)
2. Puan Nor ain
3. Puan Rahayu
4. Puan Narimah
5. En. Wan Adli

UCAPAN GURU DISIPLIN (EN KAMARULIZAM BIN NGAH)

Encik Kamarul memberi peringatan kepada murid tentang peraturan-peraturan sekolah. Beliau juga menekankan kepada semua murid untuk mempertingkatkan disiplin diri sendiri.

PENUTUP

Dengan berakhirnya ucapan daripada Guru Disiplin, maka berakhirlah perhimpunan pada petang tersebut. Murid-murid diarahkan beratur dalam barisan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.













"AKHLAK CEMERLANG
AKADEMIK TERBILANG"


LAPORAN TAMAT

Share:

MAJLIS PERASMIAN NAIK TARAF PUSAT SUMBER SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 2017



TARIKH : 22 OGOS 2017
HARI      : SELASA
MASA    : 10.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SKTPP2


TENTATIF PROGRAM:

10.30 pagi-Sesi bergambar

11.00 pagi - Ketibaan para jemputan

11.15 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor

11.25 pagi - Persembahan murid

11.35 pagi - Ucapan alu-aluan pengacara majlis

11.55 pagi - Bacaan doa

12.00 tengah hari - Ucapan Guru Besar SKTPP2

12.15 tengah hari - Ucapan perasmian oleh Pengarah Sumber Manusia Bursa Malaysia Berhad
                                ( Yang Berbahagia Pn.Zulfa Ashida binti Zulkifli )

12.20 tengah hari - Gimik perasmian

12.35 tengah hari - Penyampaian cenderamata

12.40 tengah hari - Jamuan makan

1.00 petang - Majlis bersurai





SISIPAN GAMBAR:


SESI FOTOGRAFI




MENUJU KE PUSAT SUMBER SEKOLAH

PERSEMBAHAN MURID





BACAAN DOA
UCAPAN GURU BESAR



UCAPAN  PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

UCAPAN PENGARAH SUMBER MANUSIA BURSA MALAYSIA

GIMIK PERASMIAN

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

PERASMIAN PUSAT SUMBER SKTPP2

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI

Minggu 31
( 21 Ogos 2017 - 25 Ogos 2017)

         Perhimpunan rasmi Isnin, 21 Ogos 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Wakil guru bertugas, Cikgu Khairun Nisa Binti Abdul Halim mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. PN. KHAIRUN NISA BINTI ABDUL HALIM
2. PN. MURNEI BINTI AHMAD
3. PN. NORHAFIZA BINTI ISMAIL
4. CIK FELICIA GATUN
5. PN. SUZIANTI BINTI SUHAIMI (CUTI BERSALIN)
6. EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi masalah di sekolah.

Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang  penggunaan buku teks SPBT iaitu;
1. Setiap buku teks hendaklah dijaga dengan baik sepanjang masa.
2. Murid hendaklah memastikan buku-buku teks mereka ditulis nama dan dan dibalut dengan kemas.
3. Setiap murid perlu membawa buku teks mengikut jadual.
4. Murid disarankan menggunakan penanda buku untuk mengelakkan buku teks rosak kerana buku tulis diletakkan dalam buku teks sebagai penanda buku.
5. Buku teks yang hilang atau rosak perlu diganti dengan segera.
6. Murid-murid diseru agar menyayangi buku teks SPBT yang diamanahkan kepada mereka.
7. Pemeriksaan buku teks SPBT akan diadakan pada bila-bila masa dalam minggu ini.

Untuk program 5 minit dadah, guru bertugas menyampaikan tajuk Alkohol. Guru menerangkan definisi, jenis, keburukan dan kesan daripada mengamalkan alkohol.

Seterusnya, Pn. Khairun Nisa menyampaikan beberapa makluman kepada murid-murid:
1. Perjumpaan Kokurikulum telah lengkap bagi tahun 2017. Oleh itu, tiada lagi perjumpaan kokurikulum bagi minggu ini dan minggu-minggu berikutnya.
2. Kelas Champion, Aspirasi dan kelas tambahan tahun 6 berjalan seperti biasa.

Ucapan guru bertugas.
Untuk agenda berikutnya, guru bertugas menjemput Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan token kebersihan kepada kelas yang paling bersih dan ceria.





Penyampaian token kebersihan bagi minggu ke-29 dan minggu ke-30
UCAPAN GURU DISIPLIN
Puan Nurhidayahni binti Jasni menyampaikan ingatan tentang sikap dan disiplin yang perlu diamalkan sepanjang masa sebagai seorang murid. Antaranya ialah;
1. Perkara-perkara dan barang-barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah seperti pisau lipat, pensil mekanikal, gunting, permainan, novel dan komik.
2. Murid hanya dibenarkan membawa wang sebanyak RM5.00 sahaja ke sekolah. Seandainya murid membawa duit yang lebih untuk bayaran dan sebagainya, duit tersebut hendaklah diserahkan pada waktu pertama persekolahan atau disimpan oleh guru kelas sehingga sesi pembelajaran tamat. Ini untuk mengelakkan kecurian atau keciciran berlaku.
3. Pemeriksaan pakaian seragam dan kebersihan diri akan dijalankan selepas sesi perhimpunan tamat.
Pemeriksaan pakaian seragam sekolah dan kebersihan diri murid oleh pengawas sekolah.

UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

Puan Norlela binti Hashim memberikan ucapan dan ingatan tentang beberapa perkara penting yang mesti dipatuhi oleh setiap murid. antaranya ialah;
1. Cuti Pertengahan Penggal Kedua akan bermula pada 26 Ogos 2017 dan berakhir pada 3 September 2017.
2. Murid akan memulakan persekolahan semula pada 4 September 2017 (Tiada cuti tambahan untuk Sambutan Raya Aidil Adha dan Hari Kebangsaan)
3. Murid hendaklah memastikan telah menerima Surat Edaran tentang jadual persekolahan sepanjang Peperiksaan UPSR berjalan selewat-lewatnya hari ini.
4. Setiap murid hendaklah sentiasa menghormati dan patuh pada peraturan sekolah.
5. Pada hari Selasa (22 Ogos 2017) akan diadakan MAJLIS PERASMIAN PENAIKTARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 oleh Bursa Malaysia. Oleh itu, murid diingatkan supaya sentiasa menjaga disiplin dan mengucapkan Salam jika bertemu dengan para pelawat tersebut.

Ucapan Penaolong Kanan Kurikulum

PENUTUP
Dengan berakhirnya ucapan daripada Puan Norlela (PK 1) itu, maka berakhirlah sesi perhimpunan pada pagi ini. Murid dibenarkan masuk ke kelas mengikut barisan dengan teratur.


"AKHLAK CEMERLANG
AKADEMIK TERBILANG"


LAPORAN TAMAT

Share:

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN UNTUK PEMBERIAN GERAN SEPADAN RM50 SKIM SIMPANAN NASIONAL (SSPN) TAHUN 1 2017

PENGENALAN
Berdasarkan perenggan 225, perkara kelima pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak "geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i . Ini bermakna bermula 1 Januari 2017 mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan untuk anak-anak mereka yang merupakan pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan akan menerima tambahan keistimewaan Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50. Program ini bertepatan dengan hasrat PTPTN untuk mengarusperdanakan penabungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 


OBJEKTIF
Untuk menyampaikan maklumat berkenaan, pemberian geran sepadan RM50 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada murid Tahun 1 2017. Pemberian geran sepadan ini diadakan susulan daripada Pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri, “geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i.


TEMPAT DAN TARIKH
Tempat            :  Dewan Terbuka SKTPP2
Masa                :  8.30 Pagi – 10.30 Pagi
Tarikh              :  19 Ogos 2017 (Sabtu)


PENGLIBATAN
·         Semua guru kelas dan guru mata pelajaran Tahun 1.

·         Ibu bapa atau penjaga murid Tahun 1.
     

       SEKITAR PROGRAM BERLANGSUNG







Gambar 1 : Pendaftaran Ibu Bapa

                                                               Gambar 2 : Pengerusi Majlis          

     
Gambar 3 : Bacaan Doa



Gambar 4 : Ucapan  Tuan Guru Besar


Gambar 5 : Taklimat dari wakil PTPTN



 
Gambar 6 : Antara ibu bapa yang hadir


 Gambar 7: Pendaftaran Pemberian Geran Sepadan Rm50

Share:

Laman Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SKTPP2 2017

Salam Negaraku Sehati Sejiwa,
Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan dijemput murid-murid, guru, Ibubapa penjaga dan para pelawat semua untuk mengunjungi dan memeriahkan laman SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SKTPP2. Klik di link http://bba9228.1bestarinet.net/merdeka2017 untuk sertai :

  •  kuiz merdeka
  • swafoto merdeka
  • sampaikan salam merdeka 
Terima kasih & Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 60.

Share:

MAKLUMAN : KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 5 2017




Share:

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 2017 (9/8/2017)

Aktiviti yang telah dijalankan semasa KBS :

1) Slot Latihan Dalam Kumpulan
     Amali solat dan wuduk



 2) Slot ceramah : "Solat Survival"

3)Amali Solat Subuh Berjemaah



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts