JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-43 (SESI PAGI)

Minggu 43
(20 November 2017 - 24 November 2017)



Pada 20hb. November 2017 bersamaan dengan hari Isnin seperti biasa telah dijalankan perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana 2.  Tepat jam 7.25 pagi, semua murid telah berhimpun di dataran perhimpunan sebagai persediaan sebelum perhimpunan rasmi dimulakan.



Tepat jam 7.35 pagi, perhimpunan rasmi Isnin dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.  Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil murid.



UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Agenda seterusnya ialah Ucapan Guru Bertugas Mingguan, iaitu Puan Mahaletchumy.  Beliau telah memaklumkan kepada murid-murid akan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu 43 ini, iaitu:

1. Puan Norizan
2. Puan Mazilah
3. Puan Faiza Fitra
4. Puan Mahaletchumy
5. Puan Lee Sau Mei
6. Encik Zawadi
7. Ustaz Rosmadi
8. Encik Suhaidi
9. Encik Fakhrurrazi

Murid-murid dimaklumkan bahawa sekiranya menghadapi masalah, maka boleh berjumpa dengan guru-guru yang telah dinyatakan. 

Ucapan guru bertugas mingguan diteruskan dengan penjelasan tema minggu 43, iaitu Aktiviti Berfaedah Semasa Cuti Sekolah. Beliau menyenaraikan beberapa aktiviti yang bleh dilakukan oleh murid-murid sepanjang cuti sekolah ini.  Antaranya ialah:

1. Bersenam
2. Melancong
3. Menziarahi datuk dan nenek di kampung
4. Menziarahi sanak saudara di perantauan
5. Bersenam
6. Membantu ibu bapa
7. Mengulang kaji pelajaran



UCAPAN CIK FELICIA

Teacher Felicia tampil ke hadapan bertujuan untuk menyampaikan satu anugerah kepada seorang murid sekolah.  Anugerah diberikan kepada murid bernama Kaisah yang menerima Anugerah Tunas Puteri 2017.




UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Zulastri.  Beliau memberikan ucapan dan mandat kepada murid-murid semua untuk menghadapi cuti akhir tahun dengan selamat dan sejahtera.  Mengisi waktu sepanjang cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.  Beliau turut mengingatkan murid bahawa sesi persekolahan Tahun 2018 bermula pada 02hb. Januari 2018 bersamaan dengan hari Selasa.



Disediakan oleh,                                                                                                                         20 November 2017

mahaletchumy
(Mahaletchumy)
Guru Bertugas Minggu 43

Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 6


Pada 17 November 2017 (Jumaat) bersamaan 28 Safar 1439H, Sekolah Kebangsaan Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Tahun 6 anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi melibatkan 75 murid yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran serta semua murid tahun 6. Alhamdulillah pertama kali Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan bersempena murid generasi pertama dalam program j-QAF 2017. Ia diadakan bertujuan untuk memupuk budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda serta melahirkan murid-muird yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Aturcara Majlis tersebut adalah :

MASA

PERKARA

10.30 pagi

  Murid berkumpul di Dewan Terbuka

  Perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran

10.45 pagi

  Bacaan Doa

  Ucapan Guru Besar

10.55 pagi

  Bacaan Khatam Al-Quran

  (Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi)

11.30 pagi

  Penyampaian Sijil Peserta dan Cenderamata






Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zulastri binti Mohamad Zahidi


Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Fikri bin Mat Arit

Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi


Penyampaian Cenderamata kepada Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi


Penyampaian sijil kepada semua peserta Khatam Al-Quran

Semoga program ini dapat menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekaligus memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar dan guru.

Share:

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH KALI KE 8 2017

SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan Majlis HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH KALI KE 8 2017 pada butiran seperti berikut:

                                         TARIKH         :22 NOVEMBER 2017 (RABU)
                                         MASA           :7.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
                                         TEMPAT        :DEWAN TERBUKA 
                                                                SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
                                     
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dan kepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

Ibu bapa yang menerima jemputan dijemput hadir untuk sama-sama meraikan murid-murid yang berjaya.

Terima kasih.
Share:

PERHIMPUNAN MINGGU KE 42

Perhimpunan rasmi Isnin, 13 November  2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah  dan LAGU Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan lagi dengan bacaan Doa dan Lafaz Ikrar Rukun Negara  dan wakil pengawas Sekolah.

Ketua Guru bertugas, Pn. Rohaila binti Abdullah megalu - alukan kedatangan murid  Ke Sekolah serta memperkenalkan guru -guru yang bertugas pada minggu ini. Guru - guru yang bertugas adalah :

1.Pn. Noor Hafizan
2. Pn. Jagjer Kaur
3.Pn. Margaret
4. Pn. Sharulniza
5. Cik Siti Mushrifah
6.En. Noorhisham

Murid disarankan supaya berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapai sebarang masalah.

Tema pada minggu ini ialah "Kebersihan Diri"

Guru bertugas mengingatkan murid - murid supaya sentiasa menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari sebarang penyakit berjangkit. Antara intipati ucapan guru bertugas adalah:

1.Kebersihan diri sangat berkait rapat dengan kesihatan diri.
2.Jika seseorang itu menjaga kebersihan diri,dia akan terhindar dari sebarang penyakit.
3.Kuman dan bakteria yang membawa penyakit suka tinggal di tempat yang kotor dan badan yang kotor.


Cara- cara menjaga Kebersihan Diri:

1. Basuh tangan sebelum makan mengikut 7 langkah yang betul
2. Memakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit.
3.Membersihkan kawasan persekitaran.
4.Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan
5.Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut atau selipar.


PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid Buku Teks Tercantik.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar.






Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada wakil kelas untuk Buku Teks Tercantik


guru bertugas memberikan ucapan




murid menadah tangan mengaminkan bacaan doa


Majlis Perhimpunan berakhir pada pukul 8.10 pagi



Share:

Amalan Guru Penyayang

Sambutan Hari Lahir


Makluman kepada ibu bapa/penjaga SK Taman Putra Perdana 2, Jawatankuasa Guru Penyayang akan mengadakan sambutan hari lahir untuk semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang dilahirkan sepanjang bulan November dan Disember. Sambutan ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Nov 2017

Hari: Jumaat
Masa: Tahun 1-3 (2.00 petang)

          Tahun 4-6 (7.30 pagi)

Bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut, kepada ibu bapa/penjaga yang ingin memberikan sumbangan kek, bolehlah berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling di talian 012-6301246 atau menghantarnya ke sekolah pada waktu yang telah dinyatakan.

Kerjasama dan sumbangan yang diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Share:

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah

Tarikh: 9 November 2017
Hari: Khamis

Imej yang berkaitan

Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan program wajib yang dilaksanakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun. Program ini bermatlamat sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan ini dengan harapan dapat memberi perangsang kepada kanak-kanak lain amnya.

Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk memilih tokoh kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek. Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka, serta memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.

Sambutan pada hari ini berjalan dengan penuh kegembiraan dan suasana yang meriah dengan persembahan dari murid-murid dan pertandingan Talentime. Pelbagai aktiviti lain diadakan untuk memeriahkan sambutan. Sedikit jamuan ringan juga disediakan kepada semua kanak-kanak yang diraikan pada hari ini.

Momen-momen menarik yang sempat dirakamkan pada pagi ini

Tokoh Kanak-Kanak 2017

Adik Muhamad Haziq Aiman bin Muhamad Azani yang merupakan Tokoh Kanak-Kanak lelaki 

Adik Putri Aisyah Sofea bin Idris merupaka Tokoh Kanak-Kanak perempuan


Aktiviti selingan kepada murid-murid untuk mewujudkan suasana kegembiraan

Antara pemenang-pemenang dalam pelbagai acara yang dipertandingkan
Dalam waktu yang sama, sambutan hari kanak-kanak untuk  murid-murid sesi petang juga akan diadakan pada petang ini. Gambar-gambar menarik akan di paparkan selepas kejadian kelak.
Share:

Makluman Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKTPP2 2017


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN


MINGGU 40
(06 -10 November 2017)

Perhimpunan rasmi Isnin, 06 November 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.     PN. IFAHAYATI BINTI ISMAIL
2.     PN. NUR HAFIZAH OTHMAN
3.     PN. ZARIPAH BINTI ISMAIL
4.     PN. NUR SYAFRIDA BINTI IBRAHIM
5.     PN. NASIBAH BINTI MD YUSOFF
6.     PN. NOREHAN BINTI AB SAMAD

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Tema pada minggu ini ialah “Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”.

Guru bertugas mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. Antara intipati ucapan guru bertugas adalah :
1.     Tidak membuang sampah merata-rata
2.     Menjalankan tugas mengikut jadual bertugas mingguan
3.     Menjaga kebersihan tandas
4.     Tidak menconteng dinding sekolah mahupun kelas

Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah agar murid-murid sentiasa seronok dan gembira untuk datang ke sekolah ibarat “Sekolahku Syurgaku”. Setiap orang mukmin perlulah mementingkan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan kerana kebersihan adalah separuh daripada iman.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid  yang terlibat iaitu :

  • Hadiah sempena aktiviti murid tahun 6
  •  Hadiah buku teks terbaik mengikut tahun
  • Sijil Kolaborasi Pintar PdPc PAK21 Merentas Negeri Peringkat Kebangsaan














Perhimpunan berakhir pada jam 8.30 pagi.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts