JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Amalan Guru Penyayang

Sambutan Hari Lahir Februari

Makluman kepada ibu bapa / penjaga bahawa Jawatankuasa Guru Penyayang dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dan Persatuan Ibu bapa/penjaga bersama barisan guru-guru telah mengadakan sambutan hari lahir kepada semua murid yang lahir sepanjang bulan Februari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta dari ibu bapa dan penjaga juga. Kami di sekolah cuba untuk merealisasikan impian anak-anak kecil untuk menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di sekolah. Moga ukhwah yang terjalin antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat memberikan kebaikan dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Harapan kami agar sambutan akan datang lebih meriah dengan sumbanga-sumbangan yang diberikan.

Antara momen-momen menarik yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SEMUA MURID YANG DILAHIRKAN SEPANJANG BULAN FEBRUARI.



Terima kasih atas sumbangan yang diberikan




Tahniah kepada murid-murid yang lahir sepanjang bulan Februari 

Share:

MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM BIL. 3

Tarikh : 21 Feb 2018
Hari : Rabu
Masa : 2.00 - 4.15 Petang
Aktiviti : Unit Beruniform
Murid : Semua murid Tahun 4,5 dan 6

Murid-murid digalakkan memakai pakaian seragam unit uniform masing-masing.
Share:

Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Sepang

Tarikh : 12 & 13 Feb 2018
Tempat : USIM, Nilai Negeri Sembilan

“Tiada yang mustahil bagi mereka yang berusaha”
Tampil sebagai bukan pasukan pilihan kejohanan. Tapi semangat pasukan perempuan ini di luar jangkaan. Menang semua perlawanan peringkat kumpulan dan akhirnya dinobatkan sebagai JOHAN Kejohanan Bola Baling MSSD SEPANG 2018 dalam perlawanan akhir yang sangat dramatik. Terima kasih buat adik Sharmine yang menghidupkan peluang bermain pada masa tambahan dengan jaringan penyamaan dengan baki perlawanan yg tinggal 20 saat.
Tahniah sekali lagi buat pasukan bola baling perempuan SKTPP2 (tworianz) yang telah menumpaskan SK Kota Warisan 4-2 pada perlawanan akhir.
Adik Mimi syazwina telah berjaya mendapat pemain terbaik kejohanan utk kategori bawah 12 tahun perempuan.
Pasukan Tworianz Lelaki menamatkan perjuangan di peringkat kumpulan. Diuji dalam kumpulan yang sangat sengit. Terima kasih atas keringat anak-anak SKTPP2. Kami bersama anda semua. Kami berterima kasih atas semangat juang yg ditonjolkan. Sekai lagi tambil sebagai pasukan bukan pilihan tapi berjaya memberi saingan dan tekanan buat pasukan hebat.
Pasukan ini dibawah bimbingan:
1) Cikgu Md Suhaidi bin Md Sabar
2) Cikgu Hafidzuddin Yahya
3) Cikgu Nor Sa’adah Sabidin
4) Cikgu Siti Mushrifah Ahmad Kamal
5) Cikgu Wahida
Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua. Terima kasih juga kepada anak-anak SKTPP2 yang tidak jemu berlatih demi kejayaan ini.






Share:

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 7 sesi petang


Perhimpunan rasmi Isnin, 12 Februari 2018 bagi sesi petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 
                                      
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, En Mohd Sazali bin Abd Rani mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :

1.       EN MOHD SAZALI BIN ABD RANI

2.       PN NOR AIN BINTI MD. ANUAR
3.       PN UMMI NAZRAH BINTI IBRAHIM
4.       CIK NUR FASIHAH BINTI ZULKIFELI
5.       PN. HAMIZAH BINTI HAMID

6.       CIKGU WAHIDA


Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.


Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:
a) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.

b) Ponteng Kelas ketika PdPc
Murid-murid diberi peringatan supaya tidak lagi ponteng kelas ketika PdPc dan pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada murid-murid yang terlibat dengan gejala ponteng kelas ini.

B.   UCAPAN GURU DISIPLIN

Seterusnya, En. Mohd. Kamarulizam bin Ngah selaku guru disiplin memberi sedikit taklimat disiplin kepada murid. Antara isi - isi penting yang disampaikan adalah:

 a) Murid - murid diwajibkan memakai pas keluar kelas jika berada di luar kelas.

b) Murid - murid mesti berkumpul di dewan terbuka sewaktu loceng rehat pertama

c) Murid - murid tidak dibenarkan mengaji atau membaca iqra selepas solat kerana murid-murid mesti berada di dalam kelas sewaktu PdPc.


d) Murid-murid diingatkan supaya tidak terlibat dengan amalan buli seperti meminta duit murid lain, mengugut kawan-kawan lain supaya melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan sekolah. Tindakan tegas akan diambil oleh pihak sekolah. Murid-murid yang menjadi mangsa buli hendaklah segera melaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas.



Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.

















Share:

PERHIMPUNAN MINGGU KE-7 (SESI PAGI)

(12 -14 Februari 2018)


Perhimpunan rasmi Isnin, 12 Februari 2018 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Lee Sau Mei mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.     PN. SUZIANTI BINTI SUHAIMI
2.       PN. JAGJER KAUR A/P GURMUKH SINGH
3.       PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
4.       PN. NOREHAN BINTI AB SAMAD
5.       CIK FARAH HANIS BINTI AB HAJI
6.       EN. MOHD FIKRI BIN MAT ARIT
              
Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masa adalah.

Tema pada minggu ini ialah “Kebersihan dan Keceriaan.
Kebersihan ialah bebas daripada kotoran, debu, sampah dan bau. Antara ucapan guru bertugas adalah:
Cara-cara menjaga kebersihan sekolah dan kelas:
  1. Menyapu lantai kelas
  2. Membersihkan meja dan ke:
  3. kerusi secara teratur
  4. Membuang sampah di tempat yang wajib
  5. Mengelap tingkap yang berhabuk.
Keceriaan ialah sesuatu yang cantik, bersih, suci dan murni dalam sesuatu ruang atau kawasan. Cara-cara untuk menceriakan kawasan sekolah:
  1. Mengadakan gotong-royong
  2. Melukis mural di atas dinding sekolah ataupun kelas.
  3. Menanam pokok bunga atau tumbuh-tumbuhan menghijau di sekitar kawasan sekolah.
  4. Mewujudkan taman bunga mini.
Kesimpulannya, sekolah yang bersih dan ceria murid dapat belajar lebih seronok dan selesa.

UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlet-atlet yang mewakili sekolah sepanjang bulan Januari. Beliau juga memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan dalam jangka masa yang terdekat ini.
PENYAMPAIAN TOKEN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS PADA MINGGU KE-6
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian token pertandingan kebersihaan pada minggu ke-6:
1.    Pemenang pertama          :  5UUM
2.    Pemenang kedua             :  6 UM
3.    Pemenang ketiga              : 4 UPM

Perhimpunan berakhir pada jam 8.20 pagi.

GURU BERTUGAS MEMBERI UCAPAN



PK KOKURIKULUM  MENYAMPAIKAN TOKEN PERTANDINGAN KEBERSIHAN


Share:

Khemah Ibadah Tahun 6 2018

Seramai 188 orang murid tahun 6 telah menyertai Khemah Ibadah pada edisi kali ini yang telah dijalankan pada 2-3 Februari 2018. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ajk dan para fasilitator yang membantu menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga kepada para dermawan dalam kalangan guru, ibubapa dan individu yang telah menyumbang kewangan dan tenaga. Semoga semuanya dilimpahi keberkatan Ilahi.


Share:

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9 SESI 2018/2019

TARIKH : 10 FEBRUARI 2018
HARI      : SABTU
MASA     : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9 SK Taman Putra Perdana 2 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Marsum bin Paing. Majlis ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan guru-guru. Majlis dimulakan dengan ucapan Yang dipertua PIBG, ucapan Guru Besar dan ucapan daripada Perasmi. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG sesi 2017/2018. Seterusnya diteruskan lagi dengan membentang dan menerima minit mesyuarat yang lalu, membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2017, membahaskan usul, pembubaran AJK PIBG 2017/2018, pelantikan AJK PIBG sesi 2018/2019, hal-hal lain dan diakhiri dengan cabutan nombor bertuah sebelum majlis bersurai.

AHLI JAWATANKUASA PIBG SKTPP2 SESI 2018/2019

Penasihat                                       : En. Zanuddin bin Sanuan
Ex-officio                                         : Pn. Zulastri bin Mohd Zahidi
                                                          : Pn. Azlimariah binti Arifin
                                                           : En. Mohd Zainurin bin Md Yasin
                                                             : Pn. Fauziah binti Salehoddin
Yang Di Pertua                              : En. Idris bin Hussain
Naib Yang Di Pertua                     : En. Shaifol Azmi bin Osman
Setiausaha Kehormat 1                 : Pn. Nurul Marshida binti Mohamad
Setiausaha Kehormat 2                 : Pn. Norshahiza binti Razali
Bendahari Kehormat                    : Pn. Nur Zayyaniasirah binti Zamri
Ahli Jawatankuasa ( Ibu Bapa)    : En. Shariful Izam bin Haji Ahmad
                                                      : En. Naharanuar bin Ayob
                                                      : En. Mohd Faizal bin Kamil
                                                      : En. Mahadi bin Othman
                                                      : En. Mohd Shaffee bin Md Yasin
                                                      : Pn. Mazamah binti Yeop
                                                      : Pn. Nooralinah binti Paijan
                                                      : Pn. Ruzni binti Kahar
                                                      : Pn. Nurul Ain binti M.Zainudin
                                                      : Pn. Kavitha A/P Rengasamy
Ahli Jawatankuasa (Guru)           : Pn. Mazilah binti Jamaludin
                                                       : En. Rosmadi bin Abd Manaf
                                                       : En. Mohd Norizi bin Mohamed
                                                       : En. Wan Adli bin Wan Derahman
                                                       : Pn. Nur Rahayu binti Yusof
                                                       : Pn. Faziha binti Abdullah
Juruaudit Dalaman                        : Pn. Norfipah binti Mahmood ( Ibu Bapa)
                                                       : Pn. Yuzainismar binti Yusoff (Guru)







                                             

Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 6 (SESI PETANG)

Perhimpunan rasmi Isnin, 05 Februari 2018 bagi sesi petang dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 

Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Nor Anis binti Suhaimi mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :

1.       PN. NOR ANIS BINTI SUHAIMI
2.       PN. RASINA BINTI HJ. YAACOB
3.       PN. NURUL MARSHIDA BINTI MOHAMAD
4.       PN. ERNEE YUSNIZA BINTI KARIM
5.       EN. MOHD. YAMIN ASWAT BIN JAAFAR
6.       EN. YUSOFF BIN ALI ISMAIL

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:

a) Etika ketika menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, dan lagu Aku Negaraku.

Murid - murid didapati sangat menghayati lagu - lagu tersebut, sehingga mereka menari - nari dan bergerak. Guru mengingatkan bahawa lagu - lagu tersebut adalah lagu rasmi, dan murid - murid perlu mematuhi etika menyanyikan lagu rasmi iaitu berdiri tegak.

b) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.

B.   PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 2018

Seterusnya, Puan Nor Anis juga selaku Naib Setiausaha JK Kebersihan dan Keceriaan Unit HEM menerangkan tentang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2018. Semoga pertandingan ini dapat memupuk cinta kepada kebersihan dalam kalangan pelajar dan saling membantu dalam menceriakan kelas. Puan Nor Anis juga mengingatkan murid agar membalas jasa guru yang berusaha menceriakan kelas dengan sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.

C.   UCAPAN GURU DISIPLIN

Seterusnya, En. Mohd. Kamarulizam bin Ngah selaku guru disiplin memberi sedikit taklimat disiplin kepada murid. Antara isi - isi penting yang disampaikan adalah:

a) Murid - murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat.
b) Murid - murid tidak dibenarkan membawa gunting yang bermuncung tajam ke sekolah untuk mengelakkan kecederaan di dalam kelas.
c) Murid - murid dinasihatkan untuk menjaga kebersihan kelas dan juga tandas. 

Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.








Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 6

(05 -09 Februari 2018)

Perhimpunan rasmi Isnin, 05 Februari 2018 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.
UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.       PN. NUR LEEN BINTI ISMAIL
2.       PN. NORSHAHIZA BINTI RAZALI
3.       PN. NORAINI BINTI YUSOFF
4.       PN. NOOR HAFIZAN BINTI CHE ABDUL RAHMAN
5.       PN. NORAZIAH BINTI ALI
6.       EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Tema pada minggu ini ialah “Budaya Cemerlang  - Daya Saing”.
Sifat berdaya saing merupakan salah satu faktor untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Antara intipati ucapan guru bertugas adalah :
1.Sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik didalam pelajaran mahupun sukan
2.Haruslah bersaing dari sudut positif
3.Persaingan menjadi faktor untuk pelajar berusaha gigih bagi mencapai keputusan yang cemerlang

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menyebut tentang  perlunya berusaha bersunguh sungguh dalam melakukan apa jua pekerjaan. Dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Sabda Rasulullah S.A.W “ Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun”.

Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 105 bermaksud “Dan katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kamu semua berusaha kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan”.

Akhir kata, Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha, pasti berjaya.

MAJLIS PERASMIAN MINGGU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2018
Guru Besar En. Zanudin bin Sanuan berbesar hati merasmikan Program Mingguan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2018. Semoga pertandingan ini dapat memupuk cinta kepada kebersihan dalam kalangan pelajar dan saling membantu dalam menceriakan kelas. Guru Besar juga mengingatkan murid agar membalas jasa guru yang buerusaha menceriakan kelas dengan sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG MERENTAS DESA MSSD
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid  yang terlibat mewakili sekolah dalam merentas desa peringkat MSS Daerah Sepang. Peserta tersebut juga layak mewakili Daerah Sepang.

Perhimpunan berakhir pada jam 8.15 pagi.




















Share:

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Feb - 19 Feb 2018
Hari : Khamis - Isnin

Sesi persekolahan bermula seperti biasa pada 20 Februari 2018 (Selasa). Pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua murid dan ibu bapa dari kaum cina.
Share:

Makluman : MESYUARAT AGUNG PIBG 2018





Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts