JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 6

(05 -09 Februari 2018)

Perhimpunan rasmi Isnin, 05 Februari 2018 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.
UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.       PN. NUR LEEN BINTI ISMAIL
2.       PN. NORSHAHIZA BINTI RAZALI
3.       PN. NORAINI BINTI YUSOFF
4.       PN. NOOR HAFIZAN BINTI CHE ABDUL RAHMAN
5.       PN. NORAZIAH BINTI ALI
6.       EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Tema pada minggu ini ialah “Budaya Cemerlang  - Daya Saing”.
Sifat berdaya saing merupakan salah satu faktor untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Antara intipati ucapan guru bertugas adalah :
1.Sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik didalam pelajaran mahupun sukan
2.Haruslah bersaing dari sudut positif
3.Persaingan menjadi faktor untuk pelajar berusaha gigih bagi mencapai keputusan yang cemerlang

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menyebut tentang  perlunya berusaha bersunguh sungguh dalam melakukan apa jua pekerjaan. Dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Sabda Rasulullah S.A.W “ Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun”.

Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 105 bermaksud “Dan katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kamu semua berusaha kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan”.

Akhir kata, Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha, pasti berjaya.

MAJLIS PERASMIAN MINGGU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2018
Guru Besar En. Zanudin bin Sanuan berbesar hati merasmikan Program Mingguan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2018. Semoga pertandingan ini dapat memupuk cinta kepada kebersihan dalam kalangan pelajar dan saling membantu dalam menceriakan kelas. Guru Besar juga mengingatkan murid agar membalas jasa guru yang buerusaha menceriakan kelas dengan sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG MERENTAS DESA MSSD
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid  yang terlibat mewakili sekolah dalam merentas desa peringkat MSS Daerah Sepang. Peserta tersebut juga layak mewakili Daerah Sepang.

Perhimpunan berakhir pada jam 8.15 pagi.




















Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts