JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI LAHIR

Amalan Guru Penyayang
Sambutan Hari Lahir MAC

Makluman kepada ibu bapa / penjaga bahawa Jawatankuasa Guru Penyayang dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dan Persatuan Ibu bapa/penjaga bersama barisan guru-guru akan mengadakan sambutan hari lahir kepada semua murid yang lahir sepanjang bulan MAC pada esok, JUMAAT (29 Mac 2018). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sekiranya terdapat ibu bapa dan penjaga yang ingin memberikan sumbangan juga, bolehlah berbuat demikian dengan mengirimkan kepada anak-anak, berhubung dengan saya sendiri di talian 012-6301246 selaku penyelaras program atau dengan guru kelas anak masing-masing.

Kami para guru di sekolah cuba untuk merealisasikan impian anak-anak kecil untuk menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di sekolah. Moga ukhwah yang terjalin antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat memberikan kebaikan dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Harapan kami agar sambutan akan datang lebih meriah dengan sumbanga-sumbangan yang diberikan.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SEMUA MURID YANG DILAHIRKAN SEPANJANG BULAN MAC.

Senarai nama murid yang lahir sepanjang bulan MAC

Senarai nama dan bilangan murid untuk Tahap 1

Senarai nama dan bilangan murid untuk Tahap 2

Share:

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 13

Minggu ke 13 selepas cuti penggal pertama

Guru yang bertugas pada minggu ini adalah :
1. Pn. Salina binti Hashim
2. Pn. Zaripah binti Ismail
3. Pn. NurHafizah binti Othman
4. En. Suhaidi bin Md Sabar
5. Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal
6. Pn. Margaret Ann a/p Arputham
7. Ustazah Aisyah

Tema pada minggu ini adalah Adab berpakaian.
Murid di ingatkan untuk berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sekolah

Taklimat oleh Cikgu Amira binti Abu Bakar
Sukantara akan diadakan pada hari Selasa untuk tahun 4 , hari Rabu untuk Tahun 5 dan hari Khamis untuk tahun 6. Murid di kehendaki berpakaian sukan. Sukantara sekolah melibatkan semua rumah sukan.

Masa bermula sukantara pada pukul 8.00 hingga 10.00 am.

Kelas akan berjalan seperti biasa pada pukul 10.30am, dan semua murid dikehendaki mengikut jadual dan membawa buku.

Terima Kasih.
Share:

Tinjauan Umum KPM Mengenai Pakaian Khas Murid Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membuat tinjauan pendapat umum mengenai pakaian khas murid sekolah. Pendapat anda akan membantu pihak KPM dalam menyelaraskan pakaian khas murid sekolah.
Sila klik di pautan ini sebelum atau pada 16 April 2018.
https://bba9228.1bestarinet.net/surveykpm
Share:

Makluman Bengkel FROG VLE Murid

Jom sertai kami, BENGKEL FROG VLE MURID di cuti sekolah ini. Kepada para pelajar SK Taman Putra Perdana 2 yang berminat dan berkelapangan boleh mendaftar di https://bit.ly/daftarfrog . Maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera. Tempat terhad.


Share:

PENDAFTARAN TAHUN 1 SECARA ONLINE BAGI KEMASUKAN 2019 DAN 2020 & PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM 2019

PENDAFTARAN TAHUN 1 KEMASUKAN KE SESI PERSEKOLAHAN 2019 DAN 2020


PERMOHOHONAN KE PRASEKOLAH KPM BAGI TAHUN 2019
Share:

Laporan perhimpunan mingguan sesi petang (minggu 11)

Perhimpunan rasmi minggu ini 12-16 mac 2018 tidak dapat dijalankan. Ini adalah kerana minggu ini dijalankan pengtaksiran sumatif 1.
Guru-guru yang bertugas minggu ini ialah:
1. Wan Adli bin Wan Derahman
2. Narimah
3. Noraini
4. Asniza
5. Atiqah
6. Siti Suriati
7. Rahayu
Segala permasalahan boleh dirujuk kepada guru bertugas. Sekian terima kasih.
Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGU 11 ( SESI PAGI )TAHUN 2018

Perhimpunan rasmi pada hari ini terpaksa dibatalkan kerana murid-murid menjalani Peperiksaan Sumatif 1bermula 12.3.2018 - 15.3.2018.
Guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah :-
1. Pn. Rahayu binti Ghani
2. Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim
3. Pn. Norizan binti Isa
4. Pn. Mahalecthumy a/p Perumal
5. Cik Nor Sa'adah binti Sabidin
6. En. Noorhisham bin Mohamad

Ketua guru bertugas mengingatkan  agar semua murid mematuhi disiplin sekolah iaitu berpakaian seragam sekolah sepanjang waktu peperiksaan. Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian sukan kecuali pakaian seragam unit beruniform pada hari Rabu.
Share:

Selamat Menjalani Pentaksiran Sumatif 1 (PS1)

Kami doakan semoga semua murid dapat menjalani PS1 dengan jayanya. Kepada Ibubapa yang ingin merujuk jadual Pentaksiran Sumatif 1 bolehlah mengunjungi laman Unit Penilaian dan Pentaksiran SKTPP2 di pautan https://bba9228.1bestarinet.net/pdpsktpp2 
Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 10 [ SESI PETANG ]


Perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari Rabu , 7 Mac 2018 disebabkan oleh cuaca hujan pada petang Isnin dan Selasa.

Perhimpunan  dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 
                                       
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Pn Mazliyana Amalina binti Mazlin mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas ialah :

1.       PN MAZLIYANA AMALINA BINTI MAZLIN

2.       PN SAERAH BINTI RAJELI
3.       PN RASLINDA BINTI HASSAN
4.       PN SUWAIBAH BINTI ABD RAZAK

5.       EN AHMAD RIDZUAN BIN ISMAIL
6.       EN SALMIZI BIN SALIM



Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.


Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:
a) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. 

b) Tajuk Minggu 10 - Adab Berinteraksi
Murid-murid mendengar ucapan guru tentang adab berinteraksi dengan guru, rakan, dan ibu bapa. Murid diingatkan supaya menggunakan bahasa yang sopan dan bercakap dalam nada yang rendah dengan guru, ibu bapa dan orang yang lebih dewasa.

B.   ANUGERAH KELAS TEBERSIH 
Pn Fauziah Binti Salehoddin menyampaikan bintang (token) bagi kelas tebersih untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Tahun 1 : 1 USM
Tahun 2 : 2 UUM
Tahun 3 : 3 UKM

C.   MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH dan VLE FROG
Pn Faziha memberi ucapan tentang program nilam. 

En Yamin Aswat memberi ucapan tentang VLE FROG.


Persembahan nyanyian Lagu Nilam oleh murid Tahun 3.


Ucapan Perasmian Oleh Penolong Kanan Petang , Pn Fauziah Binti Salehoddin.




Gimik Pelancaran





5 Minit Membaca

Murid dan guru mengambil masa 5 minit membaca buku di dataran perhimpunan.








Setelah itu, murid - murid mula bergerak dan bersedia untuk pulang ke rumah.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.

Share:

MAKLUMAN: Majlis bacaan yassin dan Solat Hajat Kali 1/2018

TARIKH:08 MAC 2018
HARI     :KHAMIS
MASA    :7.00-9.30 MALAM
TEMPAT:DEWAN TERBUKA SKTPP2

Tentatif Program

7.00 MALAM - PENDAFTARAN
7.30 MALAM - SOLAT MAGHRIB
8.00 MALAM  - BACAAN YASSIN
8.30 MALAM  -UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR
8.4  MALAM   - SOLAT ISYAK DAN SOLAT HAJAT
9.30MALAM   -JAMUAN DAN BERSURAI
Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN MINGGU 9

Perhimpunan rasmi Isnin, 26 Februari 2018 bagi sesi petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 
                                       
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Pn Suriayati binti Mohd Sulaikhan mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :

1.       PN SURIAYATI BT MOHD SULAIKHAN

2.       PN JUSLINDA BT BAKAR
3.       PN SURIANI BT IBRAHIM
4.       PN SITI SARAH BT SAARANI
5.       EN SHARIZAM B MOHD RAZALI

6.       EN EZOL FITRI BIN AHMAD MUNIRAN


Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.


Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:
a) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.

b) Ponteng Kelas ketika PdPc
Murid-murid diberi peringatan supaya tidak lagi ponteng kelas ketika PdPc dan pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada murid-murid yang terlibat dengan gejala ponteng kelas ini.

B.   UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG

Seterusnya, Pn Fauziah bt Salehoddin selaku guru disiplin memberi sedikit taklimat disiplin kepada murid. Antara isi - isi penting yang disampaikan adalah:

 a) Murid - murid diwajibkan memakai pas keluar kelas jika berada di luar kelas.

b) Murid - murid mesti berkumpul di dewan terbuka sewaktu loceng rehat pertama 

c) Murid - murid tidak dibenarkan mengaji atau membaca iqra selepas solat kerana murid-murid mesti berada di dalam kelas sewaktu PdPc.


d) Murid-murid diingatkan supaya tidak terlibat dengan amalan buli seperti meminta duit murid lain, mengugut kawan-kawan lain supaya melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan sekolah. Tindakan tegas akan diambil oleh pihak sekolah. Murid-murid yang menjadi mangsa buli hendaklah segera melaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas.



Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.





Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts